Firstly, kita semua kena ingat yang "Menutup aurat itu bukan permintaan atau kerelaan, tetapi kewajipan yang MESTI ditunaikan". Hmm kat sini aku nak tekankan yang memakai tudung atau lebih tepat menutup aurat tanpa keikhlasan hati sebenarnya tak salah. Sekurang-kurangnya kita terlepas dari dosa cuma tak dapat pahala sbb niat kita bukan kerana ikhlas kpd Allah. Err faham kn :)
Then apa yang sangat2 menjadi point penting dalam post aku kali ini adalah konsep kita bertudung. Cuba kita renung balik. *flash back* Bila kita keluar rumah, kita pakai tudung kan? Tapi bila orang dtg rumah kita, kita pakai tudung tak? Kita pergi sidai kain, pakai tudung tak? Kita skype or webcam-ing pakai tudung tak? Hmmm inilah yang aku nak tekankan sebenarnya. Maaf if ada yang terasa. Kita hanya bertudung dalam erti kata HENDAK KELUAR RUMAH. Macam nak pergi jalan2 ke, kedai ke, sekolah ke. Tapi yang sebenarnya, menutup aurat itu dituntut apabila kita dapat dilihat atau mungkin boleh terlihat oleh ajnabi. Haaaa.
Aku yakin, semua tahu pasal aurat untuk seorang wanita bukan? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.
Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.
Yang biasa tu maksudnya muka dan telapak tangan kita sahaja. (muslimah)
Ada sahabat aku yang pernah bertanya pada aku, dan soalannya betul2 terasa kena batang hidung. Ketepeeeek! setepek aku dapat haa. "Apa beza, tak pakai tudung dengan tak berbaju?". And at that moment, I was like eeerrrrr. Sebenarnya tiada beza lah kan? Sebab dah terang lagi bersuluh yang wajib ditutup itu AURAT bukannya RAMBUT semata right? Think think. Tettt, one more one more. Aurat itu untuk dilindungi dari terlihat bukan untuk dibalut. Got what I mean ?:)
Seperkara lagi, ini bukan teguran atau nasihat tapi lebih kepada ajakan ye kawan-kawan. Aku ni belum cukup lagi nak menegur haaa. Jangan ingat aurat kita wanita muslim dengan wanita muslim yang lain, takde batas. Ade ye kawan2. Drpd pusat ke lutut. Even kita nak tidur pun kita kena jaga aurat tu sebab? Walaupun tak de orang yang melihat, malaikat kan sentiasa ada. Kita perlu hormat ye ye? :)
Cop cop! jangan ingat yang lelaki takde aurat terhadap lelaki muslim lain yeeee? Antara pusat hingga ke lutut. Dilarang kita melihat aurat orang lain okay anak-anak? Hihih pandaaiii.Okay banyak lagi dalil dan hadis yg berkaitan dengan aurat. So rerajin la searching yeehh? Nak aku lampirkan semua. Penat korang membaca. hoho.
Dannn, kita takde alasan untuk tidak menutup aurat sebab?
Sepotong ayat al-Quran dari surah al-A’raf ayat 26, yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)".
Okay la, dah penat menaip. Sorry if post ni membosankan. Aku cuma nak mengajak sama-sama perbetul konsep bertudung sebenarnya. Jauh pulak explaination nya haaa :D So luar rumah atau dalam rumah, sama je selagi ada ajnabi kay? Abang ipar tu pun ajnabi tau!
So sekali lagi saya Intan Azrina Mohd Azman memohon seribu kemaafan if post ni menyinggung mana-mana pihak ye? So renungkanlah :) Jangan tunggu sampai seru. Kita dah diseru lama dah :) Sekiranya ada tersilap kat mana-mana ayat di atas, mohon tegur ye. TQ
Wallahua'lam.
Hamba-Nya,
alhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
Deletecantiknya luaran itu biarlah secantik dalaman.
ReplyDeletekalau dalam tu cantik, kecantikan luaran itu pasti mengiringi. tak guna jika luaran sudah manis dan cantik dilihat tapi dalaman tidak sebegitu.
indah khabar dari rupa jika hanya luaranmu sahaja yang berhijrah. hati itu penting. dialah yang akan conduct iman kita. jika hanya hubungan dengan Allah sahaja kau jaga tapi kau masih melakukan perkara yang menyakiti hati yang lain, masih adakah kecantikan yang dilihat orang itu? tidak pentingkah hubungan sesama manusia? tercemar gaya muslimah itu sendiri. semua orang mampu membutakan manusia dengan luaran, tapi manusia tidak akan buta dengan kebersihan dalaman. fikirkanlah.
In shaa Allah sedang memperbaiki diri dari sehari ke sehari. Lebih lebih lagi dalam mengikhlaskan diri dan istiqamah in shaaAllah. Kalau ikut post yg sy post kan di atas, maksud saya yang mengelak dosa tetapi tak mendapat pahala tu mmg akan lebih cantik andai dalaman nya juga cantik :)
DeleteKita bisa faham. Tetapi kepada mereka yang baru ingin mendekati hijrah itu sendiri perlu perubahan sedikit demi sedikit. Takboleh nak mengejut jua. Ini pendapat saya sahaja.
Tapi sy percaya, andai kita ragu-ragu dalam perbuatan kita sedangkan ia ke arah kebaikan. tetapi kita cuba sedaya upaya ikhlaskan diri kita, in shaa Allah, Allah akan permudahkan. Amin.
Tentang hubungan sesama manusia. Saya juga sedar akan hakikat kepentingan menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Syukran Jiddan kerana mengingatkan. In shaa Allah akan saya cuba perbaiki hubungan sesama manusia itu sendiri. Terima kasih sekali lagi.
Wallahua'lam
:)
deletelah segala gambar freehair kau dahulu di blog ini :)diriku yang sudah melihat ini berasa tangunggjawab untuk menegur.
ReplyDeleteMaaf, if tak keberatan boleh bagitahu post yang mana? Sebab klau tak silap dah di delete. Takut ada yg tak perasan.
Deletetak ingat post yang mana tapi ada satu gambar masa skype kalau tak silap
DeleteOhh okay. Dah delete dan post2 yang lain pun sudah di delete gambarnya. If ada yang sy tak perasan. tegur lah yee. Syukran
DeleteHijab. Bukan semata-mata menutup aurat, bahkan sebuah pemeliharaan maruah, kesopanan, adab dan imej sebagai duta agama~ Work out!
ReplyDeletein shaa Allah :)
DeleteHijab. Bukan semata-mata menutup aurat, bahkan sebuah pemeliharaan maruah, kesopanan dan adab dalam merintis satu ketamadunan manusiawi yang hakiki.~
ReplyDeletekalau bkn gmbr intan, gambar orang lain yang mendedahkan aurat juga kena delete. tak kira la artis , waris kalau dah nampak aurat kene delete. kita tanggung dosa mere sebab siarkan aurat. Wallahu'alam :)
ReplyDeleteIn shaa Allah. Syukran jiddan kerana menegur. Sbb blog ni dah ada lama, so mungkin tak terperasan post yg lama2 tu. Terima kasih sekali lagi :)
Delete