Aku hanya sekerdil insan berdiri di dunia. Kejahilanku menutupi seluruh hatiku hingga tiada sekali aku tersedar. Aku ibarat sesat di dalam dunia gelapku sendiri. Kau utus ujian lalu badai melanda diri. Bergelora di dalam diri, siapa diriku ini. Sendiri aku harungi, aku ratapi dan terus bersendiri. Aku masih hanyut dan hanyut tiada aku berjumpa dengan tepian. Namun tika aku hanyut di dalam arus kealpaan, tidak pernah sekali engkau meninggalkan. Cuma aku yang tidak pernah sekalipun menyedari. Cahaya Mu menyuluh hatiku yang sekian lamanya gelap. Tiada aku jumpa Nur seindah Nur Mu. Nur mu tiba membawa sinar baru buatku. Kini baru aku sedari engkau sedang memberitahuku betapa engkau merinduiku. Betapa engkau merindui rintihanku kepadaMu. Di saat aku jatuh aku mencarimu, di saat aku berdiri aku megah lalu aku lupa kepadamu. Tapi tidak sesekali kau berhenti dari mengampunkan aku setiap kali aku memintanya. Betapa besar cintaMu pada ku. Tidak pernah sekali kau meninggalkan aku sendiri di dalam kesunyian malam. Tidak pernah sekali kau jemu mendengar keluhanku yang tiada berkesudahan. Tidak sekali kau melemahkan ku di saat aku kesakitan malah kau menguatkan. Tidak sekali kau melupakan aku, malah aku yang sering melupakanmu. Rabb, betapa agungnya cintaMu. Sehingga tidak tergambar oleh akal ku yang terbatas. Betapa aku kini merinduimu, mendambakan kasih sayangmu, perhatianmu. Ya Rabb, jangan lah engkau tarik kembali Nur Hidayah Mu yang telah kau berikan pada kami. Aku menangisi kesilapanku, aku bersyukur kerana tidak kau tutup pintu hatiku ini untuk menyedari dosa yang aku lakukan. Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Tidak dapat ku hitung ya Allah. Thank you Allah for bringing me home. Apabila aku terpesong, kau sedarkanlah aku ya Allah. Aku ingin menjadi hamba yang engkau kasihi. Ampunkanlah segala dosa ku. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Subhanallah, Alhamdulillah, Laila haillallah, Allahuakbar. Terima lah segala amal ibadat kami, janganlah kau jadikan amalan kami sia-sia. Kami serahkan segalanya kepadaMu Tuhan sekalian alam. Lindungi hati kami dari kekotoran ya Allah. Kami berlindung padamu dari segala kejahatan. Jika ujian yang mendatang mampu menguatkan kami, maka kau kurniakan lah kepada kami kesabaran, ketabahan untuk kami mengharunginya. Permudahkan lah hati kami untuk ikhlas dan redha terhadap ketentuanMu. Amin ya Rabbal Alamin.
Man gets and
forgets, but Allah always gives and forgives.
Jika langkah
itu ke arah kebaikan, teruskanlah dan jangan berpatah balik. Namun jika engkau
sudah tersilap langkah, kembali lah engkau ke pangkal jalan. Allah Maha
Pengampun.
*Entry ini
sekadar perkongsian dan peringatan buat diri ini semata-mata. Sama-sama kita berdoa supaya Allah beri
keampunan kepada kita. Jangan jemu untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah kasih
pada HambaNya yang suka bertaubat. Menangis lah, menangis sepuas hatimu saat
kau memohon keampunanNya. Bersyukur lah engkau masih diberi kelembutan hati.
Janganlah malu, Para solehin sendiri menangis mengenang nasib di akhirat,
apatah lagi kita.*
Buat
sahabatku yang aku kasihi, aku bersyukur kerana Allah mengutus engkau untuk
bersamaku, mendorongku. Maaf seribu kali maaf atas kekecewaan yang kau alami.
Semoga Allah merahmati perjuangmu. In shaa Allah.
Wallahua’lam.
Hamba Mu,
No comments:
Post a Comment