Saturday, February 9, 2013

Ku pohon Redha Mu ya Rabb

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, ini sekadar renungan bersama.

Apabila kita disoal, apakah tujuan kita menyembah Allah Tuhan sekalian alam. Melakukan segala suruhanNya dan juga meninggalkan laranganNya. Saya yakin ramai antara kita yang bahkan saya juga menjawab pada mulanya untuk mendapatkan balasan yang baik yakni Syurga Allah dan kerana takutnya kepada azab api neraka. Akan tetapi kita tetap perlu beringat, segala amal soleh yang kita lakukan bukan menjadi tiket kita ke syurga kecuali rahmat dan redha Allah. Sedangkan segala amal kita belum tentu diterima Allah.

Sabda Rasulullah SAW :

"Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah."

Yang dimaksudkan adalah, seseorang itu dengan rahmat Allah ‘Azza wa Jalla akan mengerjakan amal soleh dan dengan itu dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam erti kata lain, seseorang itu memerlukan kedua-duanya, rahmat Allah dan amal soleh untuk masuk syurga.

Cuba kita renungkan kembali, adakah kita beramal semata-mata kerana takutkan azab api neraka atau mengimpikan syurga juga Redha Illahi. Jadi ikhlaslah dalam beramal. Segalanya kerana Allah. Mencari Redha-Nya. Ikhlas itu bukan semudah berkata-kata. Ia haruslah diiringi usaha, doa dan tawakkal kepada Allah agar diterima segala amalan dan mendapat redhaNya dunia dan akhirat in shaa Allah.

Alhamdulillah, selesai menulis di blog ni haa. Mohon tambah jika ada yang terkurang dan tegur lah andai ada yang salah.Sesungguhnya yang baik semuanya datang dari Allah SWT, dan kekurangannya datang dari diri saya sendiri, manusia yang tidak mungkin akan sempurna.

Wallahua'lam.
Hamba Mu,

No comments:

Post a Comment