Tuesday, December 18, 2012

Sekali engkau melangkah

                Bismmillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Maaf lah kepada semua, sebab dah lama tak post apa apa dekat blog ni haa. Rindu pula rasa. Untuk pengetahuan semua, final exam pun dah hampir tiba dan akan berakhirlah Semester kedua aku berada di Asasi, UPM ni haaa.Seperti yang korang tahu, Alhamdulillah aku dah pun berhijrah. Dan aku harap hijrah ini berterusan. Antara reason aku post tajuk kali ni, hmm bukan lah nak melahirkan rasa tak puas hati. Tapi hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang punya perasaan, nafsu amarah dan tahap kesabaranku ada hadnya. Sekuat mana aku bertahan, sesabar mana aku menahan mulut ku dari berbicara, tapi di dalam hati ini, hanya Rabb yang tahu betapa hancurnya. Di sebalik hijrah ni, ada hikmahnya yang tersembunyi. Kita dapat kenali siapa kah kawan yang mendorong, dan siapa sebenarnya lawan kita.

Jujur aku katakan, hijrahku bukan lah sesuatu yang mudah. Bukan mudah untuk aku transform diri aku 100% dari aku yang dulu kepada aku yang sekarang. Walaupun sekarang, belum cukup aku rasa perubahanku. Yap takkan pernah cukup aku rasa. Cuma aku sedih, ramai yang memilih untuk mengata dari berterus terang dengan aku dan menegur secara hikmah. Sedangkan khabaran angin itu sendiri sudah sampai ke telinga ni. Perlukah aku menjadikan kutukan, hinaan, cercaan orang sebagai halwa telingaku? Sampai bila aku mampu bertahan. Tak mungkin aku betah selamanya. Aku perlukan masa untuk memantapkan diri aku sendiri. Oleh itu, aku perlukan dorongan, nasihat. Bukannya kata maki, bukan kata perli, mahupun dipersendakan.

Satu benda yang aku sangat kecewa, andai benar ada silapku. Mengapa kah hijab menutupi perhiasan aku ini yang dijadikan mangsa. Stop saying "tudung labuh, tapi perangai mcm tu pulak". Wahai sahabatku, andai benar aku menyakitkan hatimu, atau hati sesiapa sekali pun. Janganlah dengan mudah engkau perlekehkan hijab ku. Ia sama sekali tidak bersalah, adabku yang perlu dipersoalkan.  Aku harap teramat sangat, berhenti lah bercakap buruk. Bukan sahaja tentang aku, juga tentang yang lain. Bukankah lebih baik mendoakan daripada turut sama menyakitkan? Sekurang-kurangnya aku berusaha dan sentiasa berusaha walaupun tidak seberapa usahaku. Juga rakan-rakan ku yang lain yang juga berhijrah. Bagaimana dengan kalian? Sudikah sama-sama kita berhijrah? :') Renungkanlah. Aku sedar, berdosa andai aku mempersoalkan takdirku yang sentiasa di hina ini sedangkan aku tahu betapa hina diri ini atas dosa-dosa ku yang ibarat pasir. Tidak terhitung jari-jemari. Tapi aku sering mengingatkan diriku, Allah itu Maha Mengetahui.

Hati manusia itu terlalu banyak untuk dijaga. Tidak mungkin berjaya untuk kita menjaga semuanya sekali. Tetapi hati Allah itu cuma satu, mengapa tidak kita berusaha menjaga hatiNya :')

Seterusnya, aku ingin melahirkan rasa kesal yang aku rasakan saat bergambar untuk Model Asasi. Dan dari sini aku sedar, dunia permodelan bukan lagi duniaku. Untuk pengetahuan semua, aku dikritik kerana memakai tudung yang labuh sehingga menutupi kad matriks ku. Andai kalian ditempatku, apakah perasaan kalian. Saat itu aku hanya mampu beristighfar di dalam hati. Kemudiannya, aku dikomen lagi kerana imejku yang dianggap TERLALU MUSLIMAH. Ya Allah, Tuhan saja tahu betapa aku ingin menangis di situ. Sejujurnya aku hairan, salahkah aku berpakain sebegini. Namun rakan-rakan yg mendorongku berpesan, tetapkan hati kita. We live not to please people, but Allah. Alhamdulillah, aku masih begini:')

Aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang warak, tetapi cukuplah didikan agama yang orang tuaku berikan. Juga aku bukan pelajar sekolah agama. Oleh itu, aku perlukan kalian sebagai sahabat untuk memberi nasihat, mendorongku untuk ke arah yang lebih baik dan bukan menghina. Sahabatku, menegur dan menghina itu sesuatu yang berbeza. Alhamdulillah, aku bersifat lebih terbuka untuk menerima sesuatu takdir dengan lebih tenang walaupun ianya menyakitkan. Jangan sesekali menyalahkan takdir hidup kita okay ?

Aku tidak sehebat srikandi Islam seperti Khadijah, Aisyah dan yang lain lagi. Tetapi cukuplah sekadar aku berusaha untuk mencontohi keperibadian mereka.

Doakan lah aku tabah menghadapi setiap tohmahan. Aku akan mencuba mendekatkan diriku dengan Allah dan menjaga adab perlakuanku. In shaa Allah. Tetapi ingatlah, aku perlukan masa.

Apabila kita berhijrah, bukan diri kita sahaja yang memerlukan masa untuk berubah. Tetapi orang lain juga memerlukan masa untuk menerima perubahan kita. Andai kita ragu-ragu akan sesuatu tetapi kita cuba untuk mengikhlaskan diri, in shaa Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama, kejayaan di dunia juga Akhirat. In shaa Allah. Amin.

Sekali engkau melangkah mendekatiNya, jangan engkau berpatah balik. Dugaan itu Allah berikan kepadamu untuk berbicara denganmu, ingin mengetahui betapa engkau ikhlas kejalannya. La Tahzan. BErsabarlah wahai hati. Letakkan Allah yang pertama di situ. Andai tiada Dia di dalamnya, kosong lah hatimu dan tiadalah engkau berpuas hati dengan kehidupanmu. Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illallah, Allahuakbar.

Ku mohon kemaafan dari setiap buti bicaraku yang mengguris hati sesiapa pun. Tegurlah aku dengan baik, bukan menghinaku di hadapan mahupun belakang. Aku perlukan doronganmu.

Wasalam.

Hamba-Nya,

13 comments:

  1. Kak intan, mohon bersabar. Manusia memang sentiasa tak berpuas hati dengan kita. Satu cara, kita bersabar dan berdoa. Saya pun dalam proses nak menghijrahkan diri juga. Doakan saya juga ya.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah dik. Doakan akak sabar & istiqamah ye? La tahzan :')

    ReplyDelete
  3. kita ada Allah dan akan sentiasa ada Dia.
    sekiranya setiap apa kita lakukan ikhlas keranaNya, in Shaa Allah walaupun manusia datang dan pergi, kita masih teguh berdiri bersamaNya. istiqamahlah, jangan kesali cacian manusia dan pemergian mereka, kerana itu semua pasti ada sebabnya dan mungkin ada salah silap diri di mana mana. muhasabah kembali dan perbaiki :-) tabahlah, yang penting Dia bersama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Terima kasih ye? Andai di tanya padaku adakah aku sudah berpunya, pastinya aku akan menjawab "Ya, aku sudah berpunya. Pemilik jiwa dan ragaku tidak pernah meninggalkanku walau sedetik. Tidak pernah tinggalkan aku saat aku kesedihan. Tidak pernah meninggalkanku saat aku kesakitan, malah menyembuhkan. Tidak pernah jemu mendengar luahanku yang tidak akan pernah habis. Dia pemilik hatiku yang satu, Allah S.W.T"

      :)

      Delete
  4. Assalamualaikum, tiba tiba boleh sampai dekat blog ni pulak :) Dalam berhijrah, memang banyak dugaannya. Berhijab itu bukanlah pilihan sebenarnya. InsyaAllah, bila niat kita kerana Allah SWT, sentiasa melakukan sesuatu lillahitaala, mudah untuk istiqamah. Biarkan kelemahan kita tu manusia nampak, manusia sebarkan, manusia hina. Tetapi kelebihan kita itu menjadi rahsia kita, rahsia kita dan Allah. Allah tahu isi hati kita, Allah tahu niat kita, Allah tahu kita bagaimana walau apa pun pandangan makhlukNya. Tak apa kita buruk pada pandangan penduduk bumi, jangan buruk di pandangan Allah.

    La tahzan innallaha ma'ana, Intan :)

    Tak semua manusia diberi hidayah Allah, dan apabila saat kita tiba, gunakan peluang yang ada. jangan pernah menyesal untuk ke jalan Allah. Doa saya menemani awak insyaAllah. :)

    All the best for final! Chayok chayok! \(^__^)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahu khairan ya ukhti :) In shaa Allah intan akan cuba istiqamah ke jalanNya. Yup, berhijab itu bukannya satu pilihan tetapi kewajipan. Doakan intan ye? Terima kasih sekali lagi.

      :)

      Delete
  5. apabila penghijrahan dilakukan, dugaan demi dugaan akan tiba.
    yg penting, kita masih teguh dengan pendirian kita & perbaiki diri dari hari ke hari. Elakkan fitnah yang mampu menjaja nama di bibir manusia kerana manusia itu tajam lidahnya. this quote might help,

    "You're what you're saying
    You're what you're doing.
    So, please behave yourself because
    sometimes they need to judge you from your appearance.."

    tidak semua tahu niat suci kita, cukuplah Dia sahaja yang tahu. dan selama itu jagalah setiap perlakuan, adab dan pergaulan diri kerana setiap itu kita akan diteliti oleh manusia sepanjang penghijrahan yang mampu mengundang fitnah. benar, manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. jika kita tersedar perbuatan kita ada silapnya, perbetulkanlah.

    'jika tidak mampu berbuat baik, sekurang kurangnya jangan lah kita berbuat jahat' kan? :)btw, goodluck for your final !

    ikhlas, N.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallahu khairan khatira. In shaa Allah intan cuba. Terima kasih untuk nasihat and dorongan. Sikit sebanyak bagi intan semangat untuk teruskan hijrah ni day by day. In shaa Allah. Terima kasih sekali lagi, N :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. yesss intan.kita berubah kerana diri kita bukan kerana orang lain..kita berubah kerana kita hamba di mata Allah bukan hamba dimata manusia..mulut manusia pandai berkata-kata kerana lidah itu lembut,tapi mengapaperlukita gusarkan hal itu?.. tetapkan niat kita sekali kita melangkah..macam tajuk intan punya post kan?..hehe.. :) *sahabat akan sentiasa berada dibelakang intan,memperbetulkan dan menyokong intan..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallah, faizal :') Terima kasih kerana menyokong dan mempercayai. Tergulah intan andai intan tersilap langkah. Intan juga insan lemah yang tidak pernah terlepas dr digoda syaitan. Nauzubillah. Terima kasih

      Delete
  8. Asssalamualaikum saudari :)
    terus terang saya ingin mengatakan saya bangga dgn perubahan saudari :-D dlm menghadapi cacian & kejian org sekeliling, saya cadangkan saudari utk banyak meluangkan masa bersama rakan2 yg baik & menyokong penghijrahan saudari ini... in shaa Allah mereka dpt mmberi sokongan dan nasihat berguna buat saudari :)
    All the BEST!!!

    ReplyDelete
  9. Waalaikummussalam wbt. Alhamdulillah dengan izin Allah saya masih mampu meneruskan perjuangan ini. Syukur, Allah berikan segala ujian itu untuk menguji ketabahan saya. Allah titipkan orang untuk menguji dan juga Allah titipkan sahabat buat pemberi semangat dan menemani saya saat saya hampir rebah. Syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya hanya Allah Tuhan sekalian alam saja yang layak menerima pujian anda. Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberi. Syukran Jiddan :)

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete