Friday, December 21, 2012

Sekuat Aku Bertahan...

             Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Post harini mungkin sedikit berat kerana aku sendiri merasa kesakitan dan kepayahannya. Acap kali kita mendengar apa yg sering diperkatakan "Easy to say but hard to do". Sejujurnya aku sendiri setuju dengan pendapat tersebut. Pada pandangan aku, sekuat mana kita bertahan, sekebal mana kita cuba pertahankan dinding hati kita ini, akan ada suatu perasaan halus yang akan menembusinya dengan lembut. Atau mungkin juga dalam penghijrahan kita, akan ada suara-suara halus berbisik untuk memesongkan aqidah kita kerana sudah menjadi janji nya untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke akhirnya. Nauzubillah.

Aku juga manusia biasa. Aku berusaha dan bertawakkal. Tetapi kebalkah aku dengan godaan syaitan yang tidak henti-henti menggodaku. Semakin kuat kita bertahan, semakin kuat godaannya kepada kita. Sesungguhnya, selagi kita masih bergelar manusia di muka bumi ini, tidak akan pernah kita lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi perlu kita ingat, Allah itu Maha Pengampun. Sesungguhnya dia Maha Penyayang. Pintu taubatNya masih terbuka luas untuk hamba-hambaNya yang mendambakan cintaNya. Subhanallah.

Rabb, kau tetapkan lah hatiku. Dakaplah hatiku, sesungguhnya ia teramatlah keseluruhannya milikMu ya Rabb. Tidak ada penjaga hati mahupun kekasih sehebatMu. 

Sejujurnya hatiku berbelah bahagi untuk mencoret kata di blog ni. Mengapa? Aku bimbang akan ada suara-suara sumbang yang akan mempertikaikan kata-kataku dengan akhlak ku yang sebenar. Sekali lagi aku tekankan, kita manusia. Dan takkan lari dari melakukan kesilapan. Jauh sekali dr aku mengakui diri ini sempurna. Aku tidak akan sempurna selagi aku ini adalah manusia.

Sesungguhnya, aku sendiri kerap lalai dalam menjaga akhlak ku. Tanpa aku sedari, perbuatan ku itu adalah terlarang dan sama sekali menyakiti hati yang lain. Ya Rabb, ampuniku ya Rabb. Percayalah, aku sedang mencari diriku dan tujuanku dalam hidup ini. Rabb, kau lindungi aku dari hasutan syaitan, daripada kemaksiatan, daripada azab api neraka, juga azab kubur yg dahsyat ya Rabb.

Juga aku tersedar bahawa kita tidak perlu takut untuk melakukan atau mengajak orang lain melakukan kebaikan kerana akan ada pahalanya masing-masing yang hanya Allah tahu. Ini dapat aku dengar daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Oleh itu, sebelum aku mengundurkan diri dan melabuhkan tirai blog ini buat hari ini, aku memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua yang membaca. Bukan niatku untuk mengguris hati sesiapa. Bagi sesiapa yang memfitnah, berkata buruk tentangku di belakangku, aku memohon ampun kerana telah mencipta kejadian untuk kalian jadikan bahan di bibir. Akibatnya, kalian membuat dosa kerana ku. Juga turut menjadi kesalahanku. Maafkan aku sekali lagi.

In shaa Allah akan aku perbaiki diri ini dari sehari ke sehari. Sejujurnya aku malu dengan diri aku sendiri yang aku kira gagal. Tetapi tidak mengapa, aku tetap akan mencuba lagi. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan merasai nikmat sebenar kejayaan bukan? :) Sahabat, bukan mudah untuk aku meninggalkan dunia ku yang dahulu. Oleh itu, nasihati lah aku tentang apa jua. Juga tentang ikhtilat. Aku amat menghargainya andai kalian dapat membantuku.

Sama-sama lah kita nasihat-menasihati. Alhamdulillah, selesai sudah penulisanku malam ini. Jangan lupa baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Our protector :) Laila sa'eedah.

p/s : Special dedicate to you my special friend, I need you to encourage me. Tegurlah aku. Maafkan aku andai aku membuat engkau sendiri berputus asa untuk menasihatiku. Maaf. Aku kecewa dengan diriku sendiri.

Wassalam.

Hamba-Nya,

5 comments:

  1. kawan-kawan Hawa mu pasti akan membantu dalam perjuanganmu, begitu juga tentang hal ikhtilat.
    elakkan terjadinya fitnah antara lelaki dan perempuan kerana itu sebaiknya dalam mengelakkan maksiat dan zina. jika hatimu ikhlas, mereka pasti akan membantumu kerana tiada batasan antara kamu dan mereka malah mereka dekat denganmu dalam membantumu memperbaiki diri.

    kaum Hawa itu mahal nilainya jadi tidak perlu merendahkan harga dirimu kepada insan yang bernama lelaki. jagalah dirimu Hawa.

    people do mistakes but doesnt mean we can did the same mistakes all over again right? hargai setiap peluang yang ada untuk perbetulkan kesalahan kita bukan menggunakan masa itu untuk mengulanginya. kesalahan kita pada Allah senang kita mohon ampun terus kepadanya tapi jika kesalahan kita pada manusia? fikirkanlah. benar hubungan dengan Allah itu penting, tapi Allah juga menitik beratkan hubungan kita dengan manusia. diri ini sekadar membantu.
    waallahualam :)

    p/s dari kaum Adam :S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallahu khairan khatira. In shaa Allah akan cuba perbetulkan kesalahan ini. Doakan lah diri ini tabah dan tidak lalai dengan setiap perbuatan. Terima kasih atas nasihat yang diberi. In shaa Allah akan intan jadikan as ingatan :) Hanya Allah yang mampu membalas budi, amin. Terima kasih sekali lagi. Moga Allah merahmatimu.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Don't give up easily okey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih mampu bertahan. May Allah ease everything . Amin :') Syukran

      Delete