Saturday, December 29, 2012

Perbetulkan konsep kita :)

          Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. First of all, aku nak minta maaf awal-awal andainya post kali ini bakal menyinggung ramai pihak. Sama ada kaum adam mahupun hawa. Maafkan aku yeee. Ini hanyalah daripada pengalaman aku sendiri dan aku rasa tak salah untuk aku kongsikan. Okay topik kali ini adalah perbetulkan konsep kita dalam kewajipan menutup aurat.

Firstly, kita semua kena ingat yang "Menutup aurat itu bukan permintaan atau kerelaan, tetapi kewajipan yang MESTI ditunaikan". Hmm kat sini aku nak tekankan yang memakai tudung atau lebih tepat menutup aurat tanpa keikhlasan hati sebenarnya tak salah. Sekurang-kurangnya kita terlepas dari dosa cuma tak dapat pahala sbb niat kita bukan kerana ikhlas kpd Allah. Err faham kn :)

Then apa yang sangat2 menjadi point penting dalam post aku kali ini adalah konsep kita bertudung. Cuba kita renung balik. *flash back* Bila kita keluar rumah, kita pakai tudung kan? Tapi bila orang dtg rumah kita, kita pakai tudung tak? Kita pergi sidai kain, pakai tudung tak? Kita skype or webcam-ing pakai tudung tak? Hmmm inilah yang aku nak tekankan sebenarnya. Maaf if ada yang terasa. Kita hanya bertudung dalam erti kata HENDAK KELUAR RUMAH. Macam nak pergi jalan2 ke, kedai ke, sekolah ke. Tapi yang sebenarnya, menutup aurat itu dituntut apabila kita dapat dilihat atau mungkin boleh terlihat oleh ajnabi. Haaaa.

Aku yakin, semua tahu pasal aurat untuk seorang wanita bukan? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.

Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.

Yang biasa tu maksudnya muka dan telapak tangan kita sahaja.  (muslimah)

Ada sahabat aku yang pernah bertanya pada aku, dan soalannya betul2 terasa kena batang hidung. Ketepeeeek! setepek aku dapat haa. "Apa beza, tak pakai tudung dengan tak berbaju?". And at that moment, I was like eeerrrrr. Sebenarnya tiada beza lah kan? Sebab dah terang lagi bersuluh yang wajib ditutup itu AURAT bukannya RAMBUT semata right? Think think. Tettt, one more one more. Aurat itu untuk dilindungi dari terlihat bukan untuk dibalut. Got what I mean ?:)

Seperkara lagi, ini bukan teguran atau nasihat tapi lebih kepada ajakan ye kawan-kawan. Aku ni belum cukup lagi nak menegur haaa. Jangan ingat aurat kita wanita muslim dengan wanita muslim yang lain, takde batas. Ade ye kawan2. Drpd pusat ke lutut. Even kita nak tidur pun kita kena jaga aurat tu sebab? Walaupun tak de orang yang melihat, malaikat kan sentiasa ada. Kita perlu hormat ye ye? :)

Cop cop! jangan ingat yang lelaki takde aurat terhadap lelaki muslim lain yeeee? Antara pusat hingga ke lutut. Dilarang kita melihat aurat orang lain okay anak-anak? Hihih pandaaiii.Okay banyak lagi dalil dan hadis yg berkaitan dengan aurat. So rerajin la searching yeehh? Nak aku lampirkan semua. Penat korang membaca. hoho.

Dannn, kita takde alasan untuk tidak menutup aurat sebab?
Sepotong ayat al-Quran dari surah al-A’raf ayat 26, yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)".

Okay la, dah penat menaip. Sorry if post ni membosankan. Aku cuma nak mengajak sama-sama perbetul konsep bertudung sebenarnya. Jauh pulak explaination nya haaa :D So luar rumah atau dalam rumah, sama je selagi ada ajnabi kay? Abang ipar tu pun ajnabi tau! 

So sekali lagi saya Intan Azrina Mohd Azman memohon seribu kemaafan if post ni menyinggung mana-mana pihak ye? So renungkanlah :) Jangan tunggu sampai seru. Kita dah diseru lama dah :) Sekiranya ada tersilap kat mana-mana ayat di atas, mohon tegur ye. TQ

Wallahua'lam.

Hamba-Nya,

Friday, December 21, 2012

Sekuat Aku Bertahan...

             Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Post harini mungkin sedikit berat kerana aku sendiri merasa kesakitan dan kepayahannya. Acap kali kita mendengar apa yg sering diperkatakan "Easy to say but hard to do". Sejujurnya aku sendiri setuju dengan pendapat tersebut. Pada pandangan aku, sekuat mana kita bertahan, sekebal mana kita cuba pertahankan dinding hati kita ini, akan ada suatu perasaan halus yang akan menembusinya dengan lembut. Atau mungkin juga dalam penghijrahan kita, akan ada suara-suara halus berbisik untuk memesongkan aqidah kita kerana sudah menjadi janji nya untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke akhirnya. Nauzubillah.

Aku juga manusia biasa. Aku berusaha dan bertawakkal. Tetapi kebalkah aku dengan godaan syaitan yang tidak henti-henti menggodaku. Semakin kuat kita bertahan, semakin kuat godaannya kepada kita. Sesungguhnya, selagi kita masih bergelar manusia di muka bumi ini, tidak akan pernah kita lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi perlu kita ingat, Allah itu Maha Pengampun. Sesungguhnya dia Maha Penyayang. Pintu taubatNya masih terbuka luas untuk hamba-hambaNya yang mendambakan cintaNya. Subhanallah.

Rabb, kau tetapkan lah hatiku. Dakaplah hatiku, sesungguhnya ia teramatlah keseluruhannya milikMu ya Rabb. Tidak ada penjaga hati mahupun kekasih sehebatMu. 

Sejujurnya hatiku berbelah bahagi untuk mencoret kata di blog ni. Mengapa? Aku bimbang akan ada suara-suara sumbang yang akan mempertikaikan kata-kataku dengan akhlak ku yang sebenar. Sekali lagi aku tekankan, kita manusia. Dan takkan lari dari melakukan kesilapan. Jauh sekali dr aku mengakui diri ini sempurna. Aku tidak akan sempurna selagi aku ini adalah manusia.

Sesungguhnya, aku sendiri kerap lalai dalam menjaga akhlak ku. Tanpa aku sedari, perbuatan ku itu adalah terlarang dan sama sekali menyakiti hati yang lain. Ya Rabb, ampuniku ya Rabb. Percayalah, aku sedang mencari diriku dan tujuanku dalam hidup ini. Rabb, kau lindungi aku dari hasutan syaitan, daripada kemaksiatan, daripada azab api neraka, juga azab kubur yg dahsyat ya Rabb.

Juga aku tersedar bahawa kita tidak perlu takut untuk melakukan atau mengajak orang lain melakukan kebaikan kerana akan ada pahalanya masing-masing yang hanya Allah tahu. Ini dapat aku dengar daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Oleh itu, sebelum aku mengundurkan diri dan melabuhkan tirai blog ini buat hari ini, aku memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua yang membaca. Bukan niatku untuk mengguris hati sesiapa. Bagi sesiapa yang memfitnah, berkata buruk tentangku di belakangku, aku memohon ampun kerana telah mencipta kejadian untuk kalian jadikan bahan di bibir. Akibatnya, kalian membuat dosa kerana ku. Juga turut menjadi kesalahanku. Maafkan aku sekali lagi.

In shaa Allah akan aku perbaiki diri ini dari sehari ke sehari. Sejujurnya aku malu dengan diri aku sendiri yang aku kira gagal. Tetapi tidak mengapa, aku tetap akan mencuba lagi. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan merasai nikmat sebenar kejayaan bukan? :) Sahabat, bukan mudah untuk aku meninggalkan dunia ku yang dahulu. Oleh itu, nasihati lah aku tentang apa jua. Juga tentang ikhtilat. Aku amat menghargainya andai kalian dapat membantuku.

Sama-sama lah kita nasihat-menasihati. Alhamdulillah, selesai sudah penulisanku malam ini. Jangan lupa baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Our protector :) Laila sa'eedah.

p/s : Special dedicate to you my special friend, I need you to encourage me. Tegurlah aku. Maafkan aku andai aku membuat engkau sendiri berputus asa untuk menasihatiku. Maaf. Aku kecewa dengan diriku sendiri.

Wassalam.

Hamba-Nya,

Tuesday, December 18, 2012

Sekali engkau melangkah

                Bismmillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Maaf lah kepada semua, sebab dah lama tak post apa apa dekat blog ni haa. Rindu pula rasa. Untuk pengetahuan semua, final exam pun dah hampir tiba dan akan berakhirlah Semester kedua aku berada di Asasi, UPM ni haaa.Seperti yang korang tahu, Alhamdulillah aku dah pun berhijrah. Dan aku harap hijrah ini berterusan. Antara reason aku post tajuk kali ni, hmm bukan lah nak melahirkan rasa tak puas hati. Tapi hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang punya perasaan, nafsu amarah dan tahap kesabaranku ada hadnya. Sekuat mana aku bertahan, sesabar mana aku menahan mulut ku dari berbicara, tapi di dalam hati ini, hanya Rabb yang tahu betapa hancurnya. Di sebalik hijrah ni, ada hikmahnya yang tersembunyi. Kita dapat kenali siapa kah kawan yang mendorong, dan siapa sebenarnya lawan kita.

Jujur aku katakan, hijrahku bukan lah sesuatu yang mudah. Bukan mudah untuk aku transform diri aku 100% dari aku yang dulu kepada aku yang sekarang. Walaupun sekarang, belum cukup aku rasa perubahanku. Yap takkan pernah cukup aku rasa. Cuma aku sedih, ramai yang memilih untuk mengata dari berterus terang dengan aku dan menegur secara hikmah. Sedangkan khabaran angin itu sendiri sudah sampai ke telinga ni. Perlukah aku menjadikan kutukan, hinaan, cercaan orang sebagai halwa telingaku? Sampai bila aku mampu bertahan. Tak mungkin aku betah selamanya. Aku perlukan masa untuk memantapkan diri aku sendiri. Oleh itu, aku perlukan dorongan, nasihat. Bukannya kata maki, bukan kata perli, mahupun dipersendakan.

Satu benda yang aku sangat kecewa, andai benar ada silapku. Mengapa kah hijab menutupi perhiasan aku ini yang dijadikan mangsa. Stop saying "tudung labuh, tapi perangai mcm tu pulak". Wahai sahabatku, andai benar aku menyakitkan hatimu, atau hati sesiapa sekali pun. Janganlah dengan mudah engkau perlekehkan hijab ku. Ia sama sekali tidak bersalah, adabku yang perlu dipersoalkan.  Aku harap teramat sangat, berhenti lah bercakap buruk. Bukan sahaja tentang aku, juga tentang yang lain. Bukankah lebih baik mendoakan daripada turut sama menyakitkan? Sekurang-kurangnya aku berusaha dan sentiasa berusaha walaupun tidak seberapa usahaku. Juga rakan-rakan ku yang lain yang juga berhijrah. Bagaimana dengan kalian? Sudikah sama-sama kita berhijrah? :') Renungkanlah. Aku sedar, berdosa andai aku mempersoalkan takdirku yang sentiasa di hina ini sedangkan aku tahu betapa hina diri ini atas dosa-dosa ku yang ibarat pasir. Tidak terhitung jari-jemari. Tapi aku sering mengingatkan diriku, Allah itu Maha Mengetahui.

Hati manusia itu terlalu banyak untuk dijaga. Tidak mungkin berjaya untuk kita menjaga semuanya sekali. Tetapi hati Allah itu cuma satu, mengapa tidak kita berusaha menjaga hatiNya :')

Seterusnya, aku ingin melahirkan rasa kesal yang aku rasakan saat bergambar untuk Model Asasi. Dan dari sini aku sedar, dunia permodelan bukan lagi duniaku. Untuk pengetahuan semua, aku dikritik kerana memakai tudung yang labuh sehingga menutupi kad matriks ku. Andai kalian ditempatku, apakah perasaan kalian. Saat itu aku hanya mampu beristighfar di dalam hati. Kemudiannya, aku dikomen lagi kerana imejku yang dianggap TERLALU MUSLIMAH. Ya Allah, Tuhan saja tahu betapa aku ingin menangis di situ. Sejujurnya aku hairan, salahkah aku berpakain sebegini. Namun rakan-rakan yg mendorongku berpesan, tetapkan hati kita. We live not to please people, but Allah. Alhamdulillah, aku masih begini:')

Aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang warak, tetapi cukuplah didikan agama yang orang tuaku berikan. Juga aku bukan pelajar sekolah agama. Oleh itu, aku perlukan kalian sebagai sahabat untuk memberi nasihat, mendorongku untuk ke arah yang lebih baik dan bukan menghina. Sahabatku, menegur dan menghina itu sesuatu yang berbeza. Alhamdulillah, aku bersifat lebih terbuka untuk menerima sesuatu takdir dengan lebih tenang walaupun ianya menyakitkan. Jangan sesekali menyalahkan takdir hidup kita okay ?

Aku tidak sehebat srikandi Islam seperti Khadijah, Aisyah dan yang lain lagi. Tetapi cukuplah sekadar aku berusaha untuk mencontohi keperibadian mereka.

Doakan lah aku tabah menghadapi setiap tohmahan. Aku akan mencuba mendekatkan diriku dengan Allah dan menjaga adab perlakuanku. In shaa Allah. Tetapi ingatlah, aku perlukan masa.

Apabila kita berhijrah, bukan diri kita sahaja yang memerlukan masa untuk berubah. Tetapi orang lain juga memerlukan masa untuk menerima perubahan kita. Andai kita ragu-ragu akan sesuatu tetapi kita cuba untuk mengikhlaskan diri, in shaa Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama, kejayaan di dunia juga Akhirat. In shaa Allah. Amin.

Sekali engkau melangkah mendekatiNya, jangan engkau berpatah balik. Dugaan itu Allah berikan kepadamu untuk berbicara denganmu, ingin mengetahui betapa engkau ikhlas kejalannya. La Tahzan. BErsabarlah wahai hati. Letakkan Allah yang pertama di situ. Andai tiada Dia di dalamnya, kosong lah hatimu dan tiadalah engkau berpuas hati dengan kehidupanmu. Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illallah, Allahuakbar.

Ku mohon kemaafan dari setiap buti bicaraku yang mengguris hati sesiapa pun. Tegurlah aku dengan baik, bukan menghinaku di hadapan mahupun belakang. Aku perlukan doronganmu.

Wasalam.

Hamba-Nya,