Saturday, September 29, 2012

HAPPY 18th BIRTHDAY INTAN


Assalamualaikum sahabat :)

Ohh before that aku nak bagitahu yang cerita ini adalah kejadian 22hb-23hb okay? Birthday aku 23hb but memandangkan aku busy, so baru harini nak post. Here we go, bangun pagi pada 22hb me, jijo and adda walked together and menunggu TIGA ORANG MAMAT yang bersiap kalah anak dara ni kat bustop. Naik cab pergi KTM. As we planned, kitorg nak pergi Time Square. Sampai TS beli tiket moviee, DREDD. Wooooo~~ nampak macam best jeh. Kitorg pergi mcd and beli makanan bawak ke food court. Mus were waiting fr us. Ohh ya, terima kasih kepada King of the day, Conq fr the lunch :D Settle makan kitorang pun tengok movie. Weeehu! thriller sungguh. Pejam mata + tutup mulut aku tengok. Mus asik gelakkan aku jeh. Hehhh. Lepas movie, solat. Then they decided nak main bowling. THE THING THAT I HATE THE MOST. Dont ask me why cuz, aku pun taktahu nak jawap mcm mana. but the fact is, aku memang tak suka. Lepas bersuka ria dekat bowling, kitorg pun solat. After maghrib, pergi makan lagi dekat kfc pulakk. Thankyou to haziq and jijo fr the dinner. Hehe. Lepas tu, pergi S&J dengan mus sbb mus nak belikan hadiah. And i got a new cute diaryy from him together with the SWEET CARD. haha. Thankyouuuu :* I also got a new cute teddy from haziq and jijo. Thankyouu guys :* Beli 3 slices of cake from secret recipe and took some pictures :D heee so then kitorg pun gerak balik. Sampai phoenix around 11.25pm. They want to celebrate my birthdayy. Tepat 12.00 am, Haziq orang pertama wish. Thankyou :) Dann, a big splashhhhh! ketepek ke muka ku. Air kelapa + sos + susu. Patut pedih mata aku, ni mus punya kerja. Then cakes, ya Allah muka aku dapat masker baru. Haziq punya kerja. Membasahkan aku dengan air, thankyou conq. haha. Berkejar2, dann masa basuh muka kat paip tu. Mus telah mengambil sponge sabun pencuci pinggan dan memberusnya ke muka aku. Ya Allah, pedih mata weh. Hahaha jahat punya mus. Selesai prank, kitorang pun balik lah ke bilik masing2. Dan aku pun memulakan operasi menyental baju haaa. On lappy and reply wishes. Thanks guys. Hmmm kali pertama keluar dengan diorang ni semua and it was totally awesome. Langsung tak rasa awkward. Quotes fr today "Sekiranya kita ragu-ragu untuk melakukan sesuatu tetapi kita cuba untuk mengikhlaskan diri, insyaAllah Allah akan permudahkan".

23 September 2012
Happy birthday to me ! :D i rceived a lot of wishes from people around me and im very touched. Thankyou Muzni comel fr the cute handmade card :* heee oh ya, We got run fr college today at bukit ekspo. At night, lepak with Jijo haziq and mus. Makan at putra cafe and I got a really impressive wish from Din. Hahah. Also, I got an Ice-cream from nafis. Thankyouuu :* Lepak kat phoenix and the last person who wished me is also Haziq. Congratulations! haha. Kesimpulannya, birthday kali ni without family but still perfect dengan kehadiran rakan2 baru. Thankyou guys fr made my life complete :) Thankyou fr being nice to me. Truth be told, I've fall in love with this friendship :') I love you, guys.


With Love,

Monday, September 10, 2012

Penghijrahan Hidup

Assalamualaikum.
Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua di sekeliling aku yang sentiasa menegur kesilapan aku, mendoakan kesejahteraan aku. Sebenarnya, aku buat keputusan untuk berubah ke arah kebaikan. Berubah dari aku yang sekarang ke arah yang lebih baik. Mungkin bunyinya cliche, tapi aku benarbenar maksudkannya. Pada suatu malam, aku pernah bermimpi tentang azab dan kematian aku sendiri. Walaupun tak jelas dan aku tak ingat sangat, tapi aku dapat rasakan betapa ngerinya saat itu. Aku lihat, ramai sahabatku yang juga melakukan perubahan, which could impressed me. Dan kemudiannya aku follow twitter Abby Abadi yang korang semua pun tahu dia dah berhijrah untuk berhijab dan memperbaiki diri. Sejujurnya, hijab aku belum sempurna. Orang yang rapat ngn aku mungkin tahu kenapa. Aku tertarik dan mula berfikir untuk berhijrah jugaa. Dan kemudiannya aku kenal seseorang yang istimewa yang selalu mengingatkan aku tentang solatku, agamaku, dan yang paling penting untuk seorang muslimah, auratku. Sememangnya aku berhijab semenjak sekolah rendah lagi, tapi mungkin aku perlu baiki lagi. Terima kasih kepada insan tersebut. Di sini aku nak nyatakan, bukan lah aku berubah demi orang orang tertentu. sebaliknya, mereka lah yang banyak memberi motivasi mendorong aku untuk berubah. Perubahan ini aku buat demi diri aku sendiri. Demi mencari erti sebuah kehidupan di dunia sebagai muslimah sejati dan insyaAllah bekalan ke akhirat kelak. Perubahan ni akan aku lakukan sedikit demi sedikit. insyaAllah. Oleh itu, aku mohon bantuan para sahabat sekalian untuk turut sama mendoakan perubahan aku ni. Tegur lah kesilapanku, ingatkan kekhilafanku. Dan yang paling penting, ampunkan dosa dosa aku. Terima kasih untuk semua yang menyokong. Wallahua'lam. Wasalam.

Note : Aku takdelah berubah sampai korang tak boleh nak bergurau langsung. Aku masih Intan Azrina, cuma mungkin Intan yang lebih baik dari dulu. Supaya aku benar benar menjadi Intan yang berada dalam kaca. insyaAllah :)

Wanita adalah perhiasan dunia, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Subhanallah :)

Hamba Allah,

Saturday, September 8, 2012

Kehilangan Yang Dirasai

Assalamualaikum.
Sebak dan terkilan aku rasa bila tak dapat berjumpa untuk memohon ampun dan maaf daripada seorang pendidik yang aku sayangi. Aku dikejutkan dgn berita pemergian lecturer Algebra malam semalam. Pertama kali arwah melangkahkan kaki ke dalam bilik kuliah, apa yang aku lihat adalah sebuah senyuman ikhlas yang terukir di bibir dia. Dan dari situ, dia mengingatkan aku kepada Arwah atuk. Dr Saiman adalah seorang pensyarah yang sangat baik dan murah dengan senyuman. Dia kerap batuk dalam class, dari situ aku tahu dia sakit. Atuk, kita kan pakai botol air yang sama :( Nanti intan dah tak ada geng. Siapa nk buat intan gelak dlm class math selain tengok muka atuk yg comel tu. Intan doakan atuk tenang menghadap Illahi. InsyaAllah. Terima kasih atas ilmu yang diberi. Ya Allah, kau tempatkanlah insan dan pendidik yang hebat ini di kalangan orang yang engkau kasihi ya Allah. Aminn. Mohon readers semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. Terima Kasih.

With Love,

Friday, September 7, 2012

ASASI WAR GAMES ASPER 8

Assalamualaikum.
Letih dan sakit sakit badan masih terasa sehingga ke hari ini. Walaupun camping tamat 5hb. Baiklah, untuk pengetahuan semua, dari 3hb hingga 5hb september, Asperians batch 8 semua pergi war games. But we're devided into two group which go to two different place, tanjung malim and jasin. Aku telah terpilih untuk pergi camp dekat tanjung. Sesampai je, ada four wheel drive and lori2 angkut kitorg. Then kena rentas sungai. Sampai camp site, aku blur. Asal kosong macam padang jarak padang tekukur ni. Ohh ya before tu aku tolong sorang ahli group yg lelah. Then kitorang kena bersihkan tempat kitorg untuk tidur, dapur, unggun api. Makan nasi pasir weh bila malam. Sorang dapat makan 3 suap je. Yelahh, beras tak seberapa untuk 39 orangg. Tapi kitorg share share and consider sesama sendiri :) At night, kitorg ade nightwalk. Kitorang just jalan dalam hutan but beramai2. Oh ya, aku dalam group tango :D asalnya aku group romeo, tapi romeo telah dipecahkan. Kitorang tidur about 2 hours je. Cukup la kan. Keesokan paginya kitorang kena kemas barang semua, then gerak ke camp site sebenar. Rupanya malam semalam tu cuma survival night, kat tanjung je ada. kat melaka takde macam kitorg :) kitorg ada banyak activity pada hari kedua. Group tango and Sierra kerap bersama sbb bawah satu gunung "GUNUNG KORBU". First activity is white water tubing which is activity that i like the most! Walaupun ia mengakibatkan kelukaan dan lebam dibadanku, tetap aku sukaaa :D Then kitorg ada low rope course. kat sini kitorg main banyak tali. haha maksudnya activity fizikal yang memerlukan kita berjalan atas tali, atas batang pokok. new experience fr me. ohhh ya, to Haziq sorry terlibas tali sampai kena mata. haha sorrrrrrryy okay. Third activity, compass marching which kitorg belajar cara nak baca compass and ada games sikit. The last one is obstacle. perghh kat sini seksa sbb guna otot perut. haha. Before maghrib kitorang telah dihumban ke dalam lumpur. haha. Disebabkan saya terlalu suka bermain dgn lumpur tu, abang tu telah menyuruh saya merangkak hingga ke hujung sedangkan org lain berjalan. hahaa. but , best sangat :) Dah la aku pakai baju kolej, pergh perghh bau dia. hahah. At night ada persembahan and karaoke. Hahaha as usual, kitorrg punya kumpulan terkenal dgn tagline "HAMBARRR~~" hahah hanya Tangoes je tahu kenapa. haha. The next dayy, tiba waktu yang dinantikan. WAR GAMES sebenar. Korang semua patut try game ni. Sangat sangat best. Yang penting, TANGO tak hambar pagi tu wehh. Kitorg punya panji, satu2nya panji yang keluar dr persembunyian tk mcm panji lain yg sentiasa disorok. Hahah abang apit terbaik lah! :D Aku tak mati kena bom weh, sikit pun tidak. haha.Okay then tibalah masa untuk berangkat pulak. Sedihnyaaaa, im gonna miss this moments :')

*Tk pergi war games, tak rasa nasi pasir, tak rasa tidur berbumbung langit, tak rasa lebamlebam semua, tak rasa lumpurnya, tak rasa tak mandi dua hari dan TAK RASA KEGEMBIRAANNYA. To all Tangoes, i love you guysss :* Lepas ni semua boleh dah pergi class tak mandi, dah biasa kan? Hahaha. Night :*


With Love,