Thursday, January 17, 2013

Berilah Aku Tangisan Keinsafan


Aku hanya sekerdil insan berdiri di dunia. Kejahilanku menutupi seluruh hatiku hingga tiada sekali aku tersedar. Aku ibarat sesat di dalam dunia gelapku sendiri. Kau utus ujian lalu badai melanda diri. Bergelora di dalam diri, siapa diriku ini. Sendiri aku harungi, aku ratapi dan terus bersendiri. Aku masih hanyut dan hanyut tiada aku berjumpa dengan tepian. Namun tika aku hanyut di dalam arus kealpaan, tidak pernah sekali engkau meninggalkan. Cuma aku yang tidak pernah sekalipun menyedari. Cahaya Mu menyuluh hatiku yang sekian lamanya gelap. Tiada aku jumpa Nur seindah Nur Mu. Nur mu tiba membawa sinar baru buatku. Kini baru aku sedari engkau sedang memberitahuku betapa engkau merinduiku. Betapa engkau merindui rintihanku kepadaMu. Di saat aku jatuh aku mencarimu, di saat aku berdiri aku megah lalu aku lupa kepadamu. Tapi tidak sesekali kau berhenti dari mengampunkan aku setiap kali aku memintanya. Betapa besar cintaMu pada ku. Tidak pernah sekali kau meninggalkan aku sendiri di dalam kesunyian malam. Tidak pernah sekali kau jemu mendengar keluhanku yang tiada berkesudahan. Tidak sekali kau melemahkan ku di saat aku kesakitan malah kau menguatkan. Tidak sekali kau melupakan aku, malah aku yang sering melupakanmu. Rabb, betapa agungnya cintaMu. Sehingga tidak tergambar oleh akal ku yang terbatas. Betapa aku kini merinduimu, mendambakan kasih sayangmu, perhatianmu. Ya Rabb, jangan lah engkau tarik kembali Nur Hidayah Mu yang telah kau berikan pada kami. Aku menangisi kesilapanku, aku bersyukur kerana tidak kau tutup pintu hatiku ini untuk menyedari dosa yang aku lakukan. Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Tidak dapat ku hitung ya Allah. Thank you Allah for bringing me home. Apabila aku terpesong, kau sedarkanlah aku ya Allah. Aku ingin menjadi hamba yang engkau kasihi. Ampunkanlah segala dosa ku. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Subhanallah, Alhamdulillah, Laila haillallah, Allahuakbar. Terima lah segala amal ibadat kami, janganlah kau jadikan amalan kami sia-sia. Kami serahkan segalanya kepadaMu Tuhan sekalian alam.  Lindungi hati kami dari kekotoran ya Allah. Kami berlindung padamu dari segala kejahatan. Jika ujian yang mendatang mampu menguatkan kami, maka kau kurniakan lah kepada kami kesabaran, ketabahan  untuk kami mengharunginya. Permudahkan lah hati kami untuk ikhlas dan redha terhadap ketentuanMu. Amin ya Rabbal Alamin.


Man gets and forgets, but Allah always gives and forgives.

Jika langkah itu ke arah kebaikan, teruskanlah dan jangan berpatah balik. Namun jika engkau sudah tersilap langkah, kembali lah engkau ke pangkal jalan. Allah Maha Pengampun. 

*Entry ini sekadar perkongsian dan peringatan buat diri ini semata-mata. Sama-sama kita berdoa supaya Allah beri keampunan kepada kita. Jangan jemu untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah kasih pada HambaNya yang suka bertaubat. Menangis lah, menangis sepuas hatimu saat kau memohon keampunanNya. Bersyukur lah engkau masih diberi kelembutan hati. Janganlah malu, Para solehin sendiri menangis mengenang nasib di akhirat, apatah lagi kita.*

Buat sahabatku yang aku kasihi, aku bersyukur kerana Allah mengutus engkau untuk bersamaku, mendorongku. Maaf seribu kali maaf atas kekecewaan yang kau alami. Semoga Allah merahmati perjuangmu. In shaa Allah.

Wallahua’lam.


Hamba Mu,

Saturday, December 29, 2012

Perbetulkan konsep kita :)

          Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. First of all, aku nak minta maaf awal-awal andainya post kali ini bakal menyinggung ramai pihak. Sama ada kaum adam mahupun hawa. Maafkan aku yeee. Ini hanyalah daripada pengalaman aku sendiri dan aku rasa tak salah untuk aku kongsikan. Okay topik kali ini adalah perbetulkan konsep kita dalam kewajipan menutup aurat.

Firstly, kita semua kena ingat yang "Menutup aurat itu bukan permintaan atau kerelaan, tetapi kewajipan yang MESTI ditunaikan". Hmm kat sini aku nak tekankan yang memakai tudung atau lebih tepat menutup aurat tanpa keikhlasan hati sebenarnya tak salah. Sekurang-kurangnya kita terlepas dari dosa cuma tak dapat pahala sbb niat kita bukan kerana ikhlas kpd Allah. Err faham kn :)

Then apa yang sangat2 menjadi point penting dalam post aku kali ini adalah konsep kita bertudung. Cuba kita renung balik. *flash back* Bila kita keluar rumah, kita pakai tudung kan? Tapi bila orang dtg rumah kita, kita pakai tudung tak? Kita pergi sidai kain, pakai tudung tak? Kita skype or webcam-ing pakai tudung tak? Hmmm inilah yang aku nak tekankan sebenarnya. Maaf if ada yang terasa. Kita hanya bertudung dalam erti kata HENDAK KELUAR RUMAH. Macam nak pergi jalan2 ke, kedai ke, sekolah ke. Tapi yang sebenarnya, menutup aurat itu dituntut apabila kita dapat dilihat atau mungkin boleh terlihat oleh ajnabi. Haaaa.

Aku yakin, semua tahu pasal aurat untuk seorang wanita bukan? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.

Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.

Yang biasa tu maksudnya muka dan telapak tangan kita sahaja.  (muslimah)

Ada sahabat aku yang pernah bertanya pada aku, dan soalannya betul2 terasa kena batang hidung. Ketepeeeek! setepek aku dapat haa. "Apa beza, tak pakai tudung dengan tak berbaju?". And at that moment, I was like eeerrrrr. Sebenarnya tiada beza lah kan? Sebab dah terang lagi bersuluh yang wajib ditutup itu AURAT bukannya RAMBUT semata right? Think think. Tettt, one more one more. Aurat itu untuk dilindungi dari terlihat bukan untuk dibalut. Got what I mean ?:)

Seperkara lagi, ini bukan teguran atau nasihat tapi lebih kepada ajakan ye kawan-kawan. Aku ni belum cukup lagi nak menegur haaa. Jangan ingat aurat kita wanita muslim dengan wanita muslim yang lain, takde batas. Ade ye kawan2. Drpd pusat ke lutut. Even kita nak tidur pun kita kena jaga aurat tu sebab? Walaupun tak de orang yang melihat, malaikat kan sentiasa ada. Kita perlu hormat ye ye? :)

Cop cop! jangan ingat yang lelaki takde aurat terhadap lelaki muslim lain yeeee? Antara pusat hingga ke lutut. Dilarang kita melihat aurat orang lain okay anak-anak? Hihih pandaaiii.Okay banyak lagi dalil dan hadis yg berkaitan dengan aurat. So rerajin la searching yeehh? Nak aku lampirkan semua. Penat korang membaca. hoho.

Dannn, kita takde alasan untuk tidak menutup aurat sebab?
Sepotong ayat al-Quran dari surah al-A’raf ayat 26, yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)".

Okay la, dah penat menaip. Sorry if post ni membosankan. Aku cuma nak mengajak sama-sama perbetul konsep bertudung sebenarnya. Jauh pulak explaination nya haaa :D So luar rumah atau dalam rumah, sama je selagi ada ajnabi kay? Abang ipar tu pun ajnabi tau! 

So sekali lagi saya Intan Azrina Mohd Azman memohon seribu kemaafan if post ni menyinggung mana-mana pihak ye? So renungkanlah :) Jangan tunggu sampai seru. Kita dah diseru lama dah :) Sekiranya ada tersilap kat mana-mana ayat di atas, mohon tegur ye. TQ

Wallahua'lam.

Hamba-Nya,

Friday, December 21, 2012

Sekuat Aku Bertahan...

             Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Post harini mungkin sedikit berat kerana aku sendiri merasa kesakitan dan kepayahannya. Acap kali kita mendengar apa yg sering diperkatakan "Easy to say but hard to do". Sejujurnya aku sendiri setuju dengan pendapat tersebut. Pada pandangan aku, sekuat mana kita bertahan, sekebal mana kita cuba pertahankan dinding hati kita ini, akan ada suatu perasaan halus yang akan menembusinya dengan lembut. Atau mungkin juga dalam penghijrahan kita, akan ada suara-suara halus berbisik untuk memesongkan aqidah kita kerana sudah menjadi janji nya untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke akhirnya. Nauzubillah.

Aku juga manusia biasa. Aku berusaha dan bertawakkal. Tetapi kebalkah aku dengan godaan syaitan yang tidak henti-henti menggodaku. Semakin kuat kita bertahan, semakin kuat godaannya kepada kita. Sesungguhnya, selagi kita masih bergelar manusia di muka bumi ini, tidak akan pernah kita lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi perlu kita ingat, Allah itu Maha Pengampun. Sesungguhnya dia Maha Penyayang. Pintu taubatNya masih terbuka luas untuk hamba-hambaNya yang mendambakan cintaNya. Subhanallah.

Rabb, kau tetapkan lah hatiku. Dakaplah hatiku, sesungguhnya ia teramatlah keseluruhannya milikMu ya Rabb. Tidak ada penjaga hati mahupun kekasih sehebatMu. 

Sejujurnya hatiku berbelah bahagi untuk mencoret kata di blog ni. Mengapa? Aku bimbang akan ada suara-suara sumbang yang akan mempertikaikan kata-kataku dengan akhlak ku yang sebenar. Sekali lagi aku tekankan, kita manusia. Dan takkan lari dari melakukan kesilapan. Jauh sekali dr aku mengakui diri ini sempurna. Aku tidak akan sempurna selagi aku ini adalah manusia.

Sesungguhnya, aku sendiri kerap lalai dalam menjaga akhlak ku. Tanpa aku sedari, perbuatan ku itu adalah terlarang dan sama sekali menyakiti hati yang lain. Ya Rabb, ampuniku ya Rabb. Percayalah, aku sedang mencari diriku dan tujuanku dalam hidup ini. Rabb, kau lindungi aku dari hasutan syaitan, daripada kemaksiatan, daripada azab api neraka, juga azab kubur yg dahsyat ya Rabb.

Juga aku tersedar bahawa kita tidak perlu takut untuk melakukan atau mengajak orang lain melakukan kebaikan kerana akan ada pahalanya masing-masing yang hanya Allah tahu. Ini dapat aku dengar daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Oleh itu, sebelum aku mengundurkan diri dan melabuhkan tirai blog ini buat hari ini, aku memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua yang membaca. Bukan niatku untuk mengguris hati sesiapa. Bagi sesiapa yang memfitnah, berkata buruk tentangku di belakangku, aku memohon ampun kerana telah mencipta kejadian untuk kalian jadikan bahan di bibir. Akibatnya, kalian membuat dosa kerana ku. Juga turut menjadi kesalahanku. Maafkan aku sekali lagi.

In shaa Allah akan aku perbaiki diri ini dari sehari ke sehari. Sejujurnya aku malu dengan diri aku sendiri yang aku kira gagal. Tetapi tidak mengapa, aku tetap akan mencuba lagi. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan merasai nikmat sebenar kejayaan bukan? :) Sahabat, bukan mudah untuk aku meninggalkan dunia ku yang dahulu. Oleh itu, nasihati lah aku tentang apa jua. Juga tentang ikhtilat. Aku amat menghargainya andai kalian dapat membantuku.

Sama-sama lah kita nasihat-menasihati. Alhamdulillah, selesai sudah penulisanku malam ini. Jangan lupa baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Our protector :) Laila sa'eedah.

p/s : Special dedicate to you my special friend, I need you to encourage me. Tegurlah aku. Maafkan aku andai aku membuat engkau sendiri berputus asa untuk menasihatiku. Maaf. Aku kecewa dengan diriku sendiri.

Wassalam.

Hamba-Nya,

Tuesday, December 18, 2012

Sekali engkau melangkah

                Bismmillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Maaf lah kepada semua, sebab dah lama tak post apa apa dekat blog ni haa. Rindu pula rasa. Untuk pengetahuan semua, final exam pun dah hampir tiba dan akan berakhirlah Semester kedua aku berada di Asasi, UPM ni haaa.Seperti yang korang tahu, Alhamdulillah aku dah pun berhijrah. Dan aku harap hijrah ini berterusan. Antara reason aku post tajuk kali ni, hmm bukan lah nak melahirkan rasa tak puas hati. Tapi hakikatnya, aku hanya manusia biasa yang punya perasaan, nafsu amarah dan tahap kesabaranku ada hadnya. Sekuat mana aku bertahan, sesabar mana aku menahan mulut ku dari berbicara, tapi di dalam hati ini, hanya Rabb yang tahu betapa hancurnya. Di sebalik hijrah ni, ada hikmahnya yang tersembunyi. Kita dapat kenali siapa kah kawan yang mendorong, dan siapa sebenarnya lawan kita.

Jujur aku katakan, hijrahku bukan lah sesuatu yang mudah. Bukan mudah untuk aku transform diri aku 100% dari aku yang dulu kepada aku yang sekarang. Walaupun sekarang, belum cukup aku rasa perubahanku. Yap takkan pernah cukup aku rasa. Cuma aku sedih, ramai yang memilih untuk mengata dari berterus terang dengan aku dan menegur secara hikmah. Sedangkan khabaran angin itu sendiri sudah sampai ke telinga ni. Perlukah aku menjadikan kutukan, hinaan, cercaan orang sebagai halwa telingaku? Sampai bila aku mampu bertahan. Tak mungkin aku betah selamanya. Aku perlukan masa untuk memantapkan diri aku sendiri. Oleh itu, aku perlukan dorongan, nasihat. Bukannya kata maki, bukan kata perli, mahupun dipersendakan.

Satu benda yang aku sangat kecewa, andai benar ada silapku. Mengapa kah hijab menutupi perhiasan aku ini yang dijadikan mangsa. Stop saying "tudung labuh, tapi perangai mcm tu pulak". Wahai sahabatku, andai benar aku menyakitkan hatimu, atau hati sesiapa sekali pun. Janganlah dengan mudah engkau perlekehkan hijab ku. Ia sama sekali tidak bersalah, adabku yang perlu dipersoalkan.  Aku harap teramat sangat, berhenti lah bercakap buruk. Bukan sahaja tentang aku, juga tentang yang lain. Bukankah lebih baik mendoakan daripada turut sama menyakitkan? Sekurang-kurangnya aku berusaha dan sentiasa berusaha walaupun tidak seberapa usahaku. Juga rakan-rakan ku yang lain yang juga berhijrah. Bagaimana dengan kalian? Sudikah sama-sama kita berhijrah? :') Renungkanlah. Aku sedar, berdosa andai aku mempersoalkan takdirku yang sentiasa di hina ini sedangkan aku tahu betapa hina diri ini atas dosa-dosa ku yang ibarat pasir. Tidak terhitung jari-jemari. Tapi aku sering mengingatkan diriku, Allah itu Maha Mengetahui.

Hati manusia itu terlalu banyak untuk dijaga. Tidak mungkin berjaya untuk kita menjaga semuanya sekali. Tetapi hati Allah itu cuma satu, mengapa tidak kita berusaha menjaga hatiNya :')

Seterusnya, aku ingin melahirkan rasa kesal yang aku rasakan saat bergambar untuk Model Asasi. Dan dari sini aku sedar, dunia permodelan bukan lagi duniaku. Untuk pengetahuan semua, aku dikritik kerana memakai tudung yang labuh sehingga menutupi kad matriks ku. Andai kalian ditempatku, apakah perasaan kalian. Saat itu aku hanya mampu beristighfar di dalam hati. Kemudiannya, aku dikomen lagi kerana imejku yang dianggap TERLALU MUSLIMAH. Ya Allah, Tuhan saja tahu betapa aku ingin menangis di situ. Sejujurnya aku hairan, salahkah aku berpakain sebegini. Namun rakan-rakan yg mendorongku berpesan, tetapkan hati kita. We live not to please people, but Allah. Alhamdulillah, aku masih begini:')

Aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang warak, tetapi cukuplah didikan agama yang orang tuaku berikan. Juga aku bukan pelajar sekolah agama. Oleh itu, aku perlukan kalian sebagai sahabat untuk memberi nasihat, mendorongku untuk ke arah yang lebih baik dan bukan menghina. Sahabatku, menegur dan menghina itu sesuatu yang berbeza. Alhamdulillah, aku bersifat lebih terbuka untuk menerima sesuatu takdir dengan lebih tenang walaupun ianya menyakitkan. Jangan sesekali menyalahkan takdir hidup kita okay ?

Aku tidak sehebat srikandi Islam seperti Khadijah, Aisyah dan yang lain lagi. Tetapi cukuplah sekadar aku berusaha untuk mencontohi keperibadian mereka.

Doakan lah aku tabah menghadapi setiap tohmahan. Aku akan mencuba mendekatkan diriku dengan Allah dan menjaga adab perlakuanku. In shaa Allah. Tetapi ingatlah, aku perlukan masa.

Apabila kita berhijrah, bukan diri kita sahaja yang memerlukan masa untuk berubah. Tetapi orang lain juga memerlukan masa untuk menerima perubahan kita. Andai kita ragu-ragu akan sesuatu tetapi kita cuba untuk mengikhlaskan diri, in shaa Allah, Allah akan mempermudahkan urusan kita. Sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama, kejayaan di dunia juga Akhirat. In shaa Allah. Amin.

Sekali engkau melangkah mendekatiNya, jangan engkau berpatah balik. Dugaan itu Allah berikan kepadamu untuk berbicara denganmu, ingin mengetahui betapa engkau ikhlas kejalannya. La Tahzan. BErsabarlah wahai hati. Letakkan Allah yang pertama di situ. Andai tiada Dia di dalamnya, kosong lah hatimu dan tiadalah engkau berpuas hati dengan kehidupanmu. Subhanallah, Alhamdulillah, Laila ha illallah, Allahuakbar.

Ku mohon kemaafan dari setiap buti bicaraku yang mengguris hati sesiapa pun. Tegurlah aku dengan baik, bukan menghinaku di hadapan mahupun belakang. Aku perlukan doronganmu.

Wasalam.

Hamba-Nya,

Sunday, October 28, 2012

BIGBANG ALIVE TOUR 2012 IN MALAYSIA

Assalamualaikum, heehui kawan kawan. Kita nak bagi tahu ni, kita pergi konsert bigbang semalam. Konsert pukul 8, kita dah keluar rumah pukul 2. Hihii. Kita naik train sampai Btu 3, then Izzat dgn kakak dia amik kat KTM. So kitorang pun vroom vroom. Tkde lah jam teruk sangat cuma parking -.- Sampai sampai je hujan, beli rain coat then aku pun mulalah mencari si muzni yang dah lama sampai. Tadaaaa jumpa dah. So split, sbb izzat and his sister CAT 7, aku and uni CAT 5.Terlalu ramai orang sampai nak pengsan aku rasa. I need OXYGEN! So before keadaan buruk, aku and uni decide untuk tak Q. Kitorang duduk kat tepi makan sat, nanti nak melompat pengsan pula. haha. Around 6.15 macam tu Gate pun buka. Dengan menggunakan kemahiran merebut bas di UPM, aku and uni pun menyelit masuk. BERJAYA! haha. Masuk je dalam, run run run untuk cari tempat. Hmmm tk dpt yg dekat sikit ngn stage but still dapat duduk okay la kan? Lepas je Azan Isyak, lampu stadium di matikan dan tadaaaa. "I'm still alive, I'm still alive, I'm still alive" ~~

Hey BIGBANG IS BACK! Intro with song Tonight. Ada persembahan solo. GD & TOP, omooo the sang High High. Seungri pun best! Taeyang, hmm. Im so proud of him. Lantai tu licin sebab kan hujan. He almost fell banyak kali! But he continue his perfomance. Im so in love with you Taeyangg. Daesung sang Wings. Iyeh iyeeeeh! We VIPs together with Bigbang members sang a birthday song for our TOP. He cried and he danced fr us! hahah you're so funny. And he also said "Terima Kashih". Comelnyaaaaaaaaaaaaaa!!! Seungri said "Rain can't stop us. Malaysia bagus". Taeyang banyak kali cakap and buat lagu "Aku cinta padamu". Omooooo aku cinta padamu juaa :* The last two songs Lies and Last Farewell. Hmmm please dont leave us. Shirro! Then encore time. They sang Badboy, Fantastic baby, Hands up again. Ohhh bila lagu blue semua org akan hidupkan LED biru, and bila lagu fantastic baby LED merah. And our plan worked!!! Weeehu daebak! Oh ya, bila encore aku dengan uni terus berdiri. Then org ramai2 ikut, hihi. And it's time to say goodbye. Please BIGBANG, come again to Malaysia. Ohh I cried three times. Fr Haru haru song. It's because there's something behind that song :') Blue song because I really addicted to the max since I started to listen to this song. It's one of my favourite. And the third time is when they had to leave :( I want more and more. Dont stop :(

But overall I feel amazed. Aku sendiri masih tak percaya aku pergi konsert bigbang akhirnya. Macam tak percaya bila bigbang ada depan mata. Ya you know how's the feeling right? I'm so into them! Kain yang ada tulis i love bigbang tu aku bawak tidur. Hahah sampai macam tu sekali aku rindukan bigbang. I hope that one day , they'll come again to Malaysia :) TOP is so handsome. He's totally more handsome than in a picture! GD, bila dia buat muka malu tu. Ya Allah, gugur jantung ni ha. Taeyang, he showed us his abs! omooo daebakk! Daesung, he really got a bright smile. He's soooo cute ya know. Seungri, this talkative guy really a good looking guy. He gave us flying kiss! awww.

ThankS to Izzat and his sister. Lepas konsert habis, balik and izzat ajak lepak makan kat Boomtown kejap. So okay, sampai je terus cari toilet. Hahhaha. Muiz pun ada sama haa :) So then diorang hantar balik rumah. And before keluar kereta, Izzat's sister said "Byebye VIP". Hihih yes I am!

I LOVE BIGBANG !