Saturday, November 26, 2016

Sangkar Kucing besar bersaiz Banglo

Assalamualaikum. Semenjak jadi housewife (dah 7bulan ni), dari takde buat apa, kita tolong lah business suami. hehehe. Now that husband own a bengkel besi. Buat kerja-kerja like Grille, Awning, Gate, Sangkar kucing atau apa-apa yang berkaitan lah. So here nak promote sikit la, kena cari duit lebih, baby dah nak keluar hehehe.

Kita buat sangkar kucing customade, jadi harga apa semua depends pada size, design & material yg customer nak. in sha Allah design mcm mana pun kita boleh cuba buat . Kelebihan kitorang, kitorang boleh buat sangkar kucing yg portable. Alaaa, macam shopping perabot almari apa semua kat ikea tu. kan boleh cabut & pasang sendiri. So kalau dah tk pakai sangkar tu nanti boleh cabut & simpan elok2. jimat space. nak pindah rumah pun senang la kiranya kan.

Ada apa-apa pertanyaan don't hesitate to pm us dekat fb page kay. 
Search je : Sangkar Kucing Murah - Selangor . 
Instagram : @SangkarKucingSelangor 

Don't worry, we're trusted seller. Sebab memang husband kita sendiri yang buat :) Orang lembah klang & yg berdekatan yg nak buat grille rumah ke gate ke boleh contact 0162675627 -- kita bagi harga promosi smpai hujung tahun sempena pembukaan bengkel baru hehe. 





Thursday, February 25, 2016

PENGALAMAN MISCARRIAGE(keguguran) & HIKMAH

Assalamualaikum semua. Pertama sekali intan nak jelaskan yang post ni bukan niat nak menunjuk-nunjuk @ nak tayang personal life di media social ke apa. Intan taknak ada yang buat dosa mengutuk intan pulak >< haha. so intan bagitahu awal-awal.

Tujuan intan tulis entry kali ni hanya sebab nak berkongsi pengalaman semata-mata memandangkan ketika intan pregnant, intan banyak baca dari blog akak-akak yang dah mengalaminya. So i think this post might help someone/somebody :) 

Jadi intan mohon sesiapa sahaja yang membacanya hendaklah membaca dengan hati yang terbuka dan ini hanya berkaitan SAINS & ISLAM semata-mata. Jangan nak otak kuning pulak haha. Memandangkan mybe most of the viewers bukan orang yg kenal intan in real life so tkde la segan sangat. muehehe.

Baiklah kita mulakan sekarang. Intan nak share macam mana intan boleh suspect diri sendiri pregnant & mcm mana i knew that i was going through a treatened miscarriage :(

Setiap wanita mempunyai menstrual cycle sendiri dimana ada yang Regular & ada juga yang tak regular. Setakat apa yang doctor cakap, im in the second group. Irregular. Maknanya if normal woman will have 28-35 cycle days (cd) yg akan tetap or plus minus 1 day everymonth, im not like that. Sometimes it was shorter & doctor said it can be longer than 2 months. huhuhu. Means that people like me a little bit hard to get pregnant since we can't really fixed the ovulation day (hari subur). So me just like if ada rezeki Allah bagi, ada lah. If takde, kita doa lagi.

I got married on 22/11/2014. The next cycle started on 15 December 2014. Since i am one of woman who has irregular menses. intan pun taktahu la bila kalanya hari subur right ? Every woman has their own way/ symptom that let them know that they're going to have their period. And so do I. If wanita tu mengalami breast tenderness bila nak period, usually 3-7 days bfore the exact day the period started. But then, I started experienced it on 8/1/15 usually after 3 days i will period, but then until 18/1/2015 still nothing. Oh ya, there is one day around 3/1/15 i noticed a blot spot on panties. I was suprised cause I dont know what it means hahahahha. 

And so I goooooogle right away and found an article of (tanda-tanda awal kehamilan). So intan buat derk je dlu and decide if period delay then i will do the upt (urine pregnancy test). On 18/1/15 evening, i did it secretly haha. At first i saw there is only 1 line. Em which means negative. Kena ada 2 line baru maknanya pregnant. I was a bit frust hahaha takde la frust mana pun, i just got married kan. so chill la. Actually intan taktahu yg kena tunggu few minutes (1-5min) utk result hahaha. Keluar je toilet dgn muka hampa, whatsapp kakak bagitahu -ve. Then dia suruh amik gambar then send kat dia. Fortunately, saja guna flash supaya clear sikit. then, tadaaaaa! It's a faint line. Hehehehe the second line tu tak terang. Means samar-samar. Intan tak mengharap sgt tapi kakak kata tu positive. Dia suruh jaga diri then after a week buat lagi test . Sebab that time buat petang, supposed nak buat urien test the best subuh lepas bangun tidur. muehehe

Then22/1/15 i did the test again using the most popular upt,  CLEAR BLUE digital, Then tadaaa. Appear kat screen dia, pregnant 2-3. Means around 3-4 weeks pregnant. So terus pergi klinik utk dr sahkan. And dr sahkan im pregnant 4 weeks+ So time ni hanya family yg tahu. sebab memang taknak heboh selagi tak kuat. 

Tengah happy,actually memang jaga makan & takde buat benda berat-berat but dah Allah kata belum masanya kan. 27/1/15 bleeding. 2 hari pertama hnya blod spot yg sgt cerah. Mcm light pink. That time pergi klinik UMRA utk buat TVS (trans vaginal scan) sebab i have retroverted (rahim terbalik) so agak susah nak nampak if scan kt perut. Dr tk sure yg dia nmpak tu betul kantung atau tak. On 29/1/15 decide utk pergi hospital putrajaya (sebab that time tidur rumah abg kt puchong). MA scan dia kata kantung okay clear etc, but dia still hantar ke labour room utk cek detail sbb dah bleeding fresh blood harini. doctor cek tkde tanda-tanda mcm nak bersalin (sbb if nk gugur servix kita open). Then dr suggest utk ambil darah utk cek BHCG (hormon pregnant). Sebab kandungan yg okay & tak bermasalah, amount BHC tu akan double dlm 48 jam.okay done ambil darah.

However, keesokan harinya waktu lepas maghrib perut rasa senak sangat. Rasa mcm mengah nak bernafas sebab perut sakit. Kat bahagian rahim tu cramp sgt mcm senggugut tapi tahap *%*^$ ahaa. Waktu tu nak pergi melawat arwah ayah mertua kat sunway hospital. Husb dah tanya okay ke tak. I thought okay la kot nanti2. Sepanjang dalam kereta intan menahan sakit. Smpai tercungap2. Bila smpai je kat hospital, turun kereta intan rasa there is something coming out. Fortunately that time dekat dengan toilet. Then i went to toilet, sebab dah bleeding, memang pakai pad sentiasa. So my precious anak fall on it. Ya Allah that time hanya Allah tahu betapa sedihnya. Lepas je keluar tu rasa sakit hilang sekejap. 

But then, on the way ke hospital putrajaya, i started to feel the pain much much much worse than bfore gugur tu. tktahu kenapa. kakak suruh cepat sbb takut turun darah kang pengsan pulak. Admit dkt hospital fr 4 days sbb dctor suspect ectopic pregnancy (luar rahim) sebab intan rasa sakit sangat lepas gugur tu. Dr takut sebenarnya ada janin kat fallopian tube and yg keluar tu mungkin tisu ke apa. But i am my precious's mother, i know yg dia dh takde/ cuma yelah doctor mesti nak sahkan betul2 before can discharged. Alhamdulillah after 4 days doctor bagi balik and me kena berpantang & berurut. sebab mak kata aku kena rengat. sakit2 lepas bersalin. rengat ni kalau teruk boleh meroyan. Alhamdulillah lepas 3 kali urut i feel alive again.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang rasa ada keajaiban yg hidup dalam perut ni. Mungkin sekiranya anak tu lahir, intan & suami mungkin belum boleh jadi ummi & abi yang baik. Memandangkan intan pun student, that time dok kolej tau. bukan dengan husb ehhee. mybe Allah nak bagi ktorg masa utk sesuaikan diri dengan keadaan. Apapun kami redha. My instict, my baby is a boy. hheheh. sebab pemalas gila time pregnant. tidurrrrrr je. haha. 

So untuk sesiapa yang mengalami keguguran, make sure kita redha, pantang betul-betul bagi badan sihat. Hope dari perkongsian ni, dapat bantu sedikit sebanyak masalah wanita :) Anything nak tanya, boleh pm kt fb. Intan azrina mohd azman :) 

Wallahua'lam.
moga bermanfaat

Monday, December 28, 2015

Year End Sale DeMedina Collection

Assalamualaikum sahabat semua.
Nak bagitahu yang DeMedina Collection tengah up sale sempena hujung tahun. Wide shawl serendah RM20 & cardigan labuh RM45. 

Apa yg istimewa shawl & cardigan kami???

Shawl : 
Material dia shimmering crepe. Nampak mcm glitter ala2 gitu. Bukan glitter yg over tu (iolls pn tknk pakai) hehe. Dia tk jarang. Jahitan kemas & buat shawl tu mudah bentuk dimuka. So yg rasa bambam @ pakai spect pun boleh pakai. Tk de la melekat mcm inner pulak kan. Hehe. Bentuk dia curve end ye.

Cardigan labuh :
Selalu ada masalah bila nak beli cardigan, banyak yg cotton @ lycra. Hmm melekat kt badan kan. Hmm nk material yg tk melekat, jarang lah pulak. Haaa ni nk habaq mai. Cardigan kami menggunakan material polycrepe. Material ni tak jarang, dia mcm ala2 chiffon crepe but thicker. Haa. Mcm shawl kat baju? Ehh??? Hehe. Labuh tu ciri-ciri penting. Baru la sopan gituuu 😄 

Nak tahu lebih lanjut, check ig kami @demedinacollection &; fb : Demedina Collection 

**support org kita berniaga.
**Ahmad Maslan suruh buat 2 kerja 😂😂 
**Berniaga bukan untuk cepat kaya. Kami cuba tawarkan harga yg berpatutan & berbaloi.
**Kalau nak lebih mudah wsp 01126622849

Jzkk sisters 😄😄


Monday, September 28, 2015

CLASSY SHAWL from DeMedina Collection

Assalamualaikum & Hi semua. 

Lama tak post apape dekat blog kan, Busy life indeed. So ni intan nak bagitahu something. Intan ada jual tudung. Boleh tengok Page : DeMedina Collection & Ig : @demedinacollection 
Shawl yang intan jual ni, tak jarang, elegant tapi tak over macam mak datin. Boleh adjust nak labuh sebab lebar. And yg paling best sekali, sangat mudah dibentuk. Muka tak nampak bulat lagi dah. Trust me, sangat mudah dibentuk. Orang yg tak suka pakai shawl pun jadi suka sebab nampak lawa :) Hope kawan2 support bisnes yang baru nak mula ni. Hehe.

And, intan jugak ada jual Cheese puff & Cheesekut. Next time intan upload gambar. For sure lain dari lain cheesenya! Apape booleh wsp 01126622849 :) Syukran syukran. 






Wednesday, February 25, 2015

BERSANGKA BAIK LAH :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Harini intan cuma nak cakap pasal beruntungnya kita kalau kita ni berupaya untuk bersangka baik pada orang. *but still jangan 100% pulak ye ^^*Benda ni biasa jadi dalam kehidupan seharian kita. Contoh paling dekat bila kita tahu seseorang itu MENIPU. Okay nampak mcm jahat je kan menipu, tapi pernah tak kita letak kita dalam tempat dia. Takkan dia nak suka2 menipu kalau takde sebab. Memang there are so many reasons jugak kita boleh kata "tak kisahlah mcam mana pun, tapi kenapa buat macam tu." Sebab kita takde kat tempat dia. *tapi apapun jangan sesenang menipu lak. ahha*Antara contoh lain, dalam kita melihat kehidupan orang lain. Kita tak boleh nak comment lelebih, sebab kita taktahu pun reason/ hikmah setiap apa yg berlaku dalam kehidupan dia. Memang kita ada kifarah dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Tapi still, kita takde hak nak judge seseorang tu pasal kehidupan dia sekarang based on kehidupan dia yg dulu. Kita tak boleh judge kehidupan seseorang tu, seolah-olah kita tahu 100% pasal hidup dia based on reality luaran. Let say kita tgok kt fb dia ke, twitter, behaviour etc. Boleh jadi apa yg kita tahu pasal orang tu sebenarnya just 1% of their lives. Then kita nak memandai cakap macam-macam. Tk boleh la macam tu kan? Bila kita nampak sesuatu, elakkan dari berkata "Ee dia ni mesti mcm ni..mcm tu..blablabla", sebaliknya cuba untuk kata "em.. maybe ada sebab jadi macam ni, kita mana tahu." bunyi mcm senang, tapi nak praktikkan tu sangat lah susah. Kita sama-sama belajar untuk bersangka baik terhadap semua perkara terutamanya bila ada ujian menimpa diri kita. Husnudzon pada Allah untuk segalanya. Salam maaf dari sy andai ada tersalah bicara. Tenang sebenarnya bila kita sangka baik pada sesuatu perkara. Cuba :)

Wallahua'lam :)

Monday, February 16, 2015

Kemaafan yang dipinta

Bismilllahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt. 
Tujuan entry kali ni adalah untuk memohon ampun dan maaf daripada semua yang mengenali diri ini, atas dosa-dosa lalu intan terhadap kalian. Secara sengaja mahupun tidak. Semua yang terjadi dah berlalu dan intan tkde keupayaan untuk memutar kembali masa yang lalu. intan hanya mampu memohon maaf & berdoa agar Allah melembutkan hati kalian untuk memaafkan. Kepada yang masih membenci diri intan, intan mohon ampun dan maaf atas segala dosa & ketelanjuran intan terhadap kalian. Intan nak hidup tenang. Keadaan sekarang dah tak sama macam dulu lagi. Hidup intan cuma ada Allah, suami, keluarga dan sahabat. Yang lain takde. Buat yang masih marah pada intan, intan yakin kalian faham maksud intan. Maafkan lah kesalahan intan yang lalu. Intan tahu terlalu banyak kesilapan yang intan lakukan pada kalian di masa lalu, intan merayu ampunkan lah dosa intan pada kalian. Sehingga ke hari ini masih ada yang mencaci intan di laman sosial, dan intan taktahu siapa dia. Kepada anonymous, sy tak tahu apa niat awak & siapa awak. Tapi seandainya sy pernah melakukan kesilapan kecil mahupun besar terhadap awak, sy mohon ampun dan maaf. Sy dah taktahu dah nak buat macam mana untuk puaskan hati awak. sy merayu ampunkanlah dosa-dosa sy. Sy dah pergi dari hidup semua orang yang pernah sy kenali dengan rapat atau sakiti, perlukah lagi untuk mereka ambil tahu tentang saya. Jika kebahagiaan yang sy kecapi kini yang menjadi punca saudara/saudari marah, sy mohon ampun. Apa yang penting di sini adalah taubat. Sy dah tinggalkan perkara yang lalu, tolonglah lupakan kisah lama dan jalani hidup dengan iman. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan begitulah juga sebaliknya. Sy kira kalian faham maksud sy. Sekali lagi, sy mohon ampun atas dosa-dosa sy pada kalian. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati terhadap suami sy, sy mohon maaf bagi pihaknya.

Setiap manusia punyai masa lampau. Kita jaga aib orang, in shaa Allah, Allah jaga aib kita. Segala apa yang kita lakukan semuanya berdasarkan kehendak dan keputusan kita sendiri. 

Wallahua'lam.

Friday, January 9, 2015

De' Medina Collection

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt sahabat semua :)

Kita nak bagitahu yang sekarang ni kita ada jual tudung and even ada IG shop sendiri.
Boleh search Instagram : Demedinacollection
                     Facebook : https://www.facebook.com/DeMedinaCollection?ref=bookmarks
                                        ( De' Medina Collection)
Mohon jasa baik rakan2 untuk like page tersebut :) Hihi. Bagi sesiapa yang berminat mencari tudung yang labuhnya boleh menutup aurat kita dgn sempurna, jemputlah tengok-tengok ye. Before ni ada buat wide shawl, cuma sekarang lebih focus pada tudung bawal. TAPI, KORANG BOLEH REQUEST PRE-ORDER. Hehe in shaa Allah kita tolong buatkan :)

Wide shawl :
1.8m x 29"
Harga bermula RM25 hingga RM32(ikut jenis)

Okay sekarang kita nak tunjuk gambar tudung bawal yeee. Yang ni ada ready stock.

BAWAL MEDINA
Measurement : Bidang 45"
Material : Chiffon
Price : RM16/each (Buy 3 at RM45)
Belum masuk postage : RM6



Yang ni pulak a closer look of BAWAL MEDINA. Ohhh, dia berbentuk bucu bulat tau. So boleh pakai mcm2 cara tapi tetap labuh depan & belakang :)







Yang ni pulak  contoh-contoh cara pemakaian BAWAL MEDINA. Terpulang nak buat jadikan labuh mana :) 






Kalau nak intan tolong buatkan tudung yang lebih labuh, bidang 50 atau bidang 60 pun boleh, then pakai mcm ni hehehe. Ni bidang 60.






Saturday, November 29, 2014

INDAHKAH BERCINTA SELEPAS NIKAH?

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Assalamualaikum wbt sahabat semua :) Alhamdulillah sekarang aku dah pun selamat bergelar seorang isteri kepada dia yang menjadi pilihan Allah buatku. Ramai minta aku terangkan mcm mana boleh ada keyakinan untuk memilih seseorang itu untuk menjadi teman hidup kita selamanya. Allahu, Allah tu Maha Besar, Dia hadirkan keyakinan dalam diri kita yang bila kita pandang seseorang tu dalam hati kita "Ya, dia lah orangnya." Nanti korang rasa lah hehe. Pengalaman nanti dulu ye. Oh aku 20 tahun dan suami aku 23 tahun ^^ both still belajar

Perkenalan yang bermula pada tahun 2011. Suami aku add dekat Facebook. Okay aku bukan jenis yang suka approve strangers. Tapi yang peliknya aku boleh pulak approve suami aku ni walaupun hanya ada 1 je mutual friend dengan aku. Semuanya gara-gara DP dia that time dia tengah naik kuda >.< Tak dapat dinafikan perempuan tu sukakan benda-benda gini. haha kbai. Tapi yang peliknya dengan suami aku ni, aku tak bercinta. Kitorang kenal, then mcm kawan biasa. Tkde apa-apa hubungan. Sampailah lost contact, then terserempak lah. Terjumpa kat mana-mana lahh. Tapi after a long time, aku tkde number phone dia pun since dia tukar number. Aku cuma ada FB and wechat dia je waktu tu. Sehinggalah suatu hari adik aku sakit n masuk hospital sentosa klang. *waktu ni cuti sem 2. Since hospital tu terletak di kawasan yg aku tak biasa pergi, malam pulak tu. Mak tiri aku tak bagi aku datang sorang. Siapa tknk tgok adik sendiri yg kat hospital kan :( hmm . Aku mintak tolong ramai orang, including bestfriendssss aku tapi takde sorang pun yg boleh tolong. Entah mcm mana kat akal ni terlintas nama suami aku je. Dengan gamble aku wechat mintak tolong. That moment dia ada dekat Kelana Jaya, aku pulak kerja dekat sec 7 shah alam. After terangkan, dia nak tolong. Lepas dia tolong hantar kan aku tengok adik aku dekat hospital tu, aku wechat ucap terima kasih and then lepas tu tkde apape contact huhu.

Before ni aku pernah cakap aku pernah mimpi jodoh aku yang berkemeja putih, tapi aku cuma nampak orangnya dari belakang. sekali pada 2011 dan kali kedua dalam tahun ni juga. aku ada personal problems which need me to make a choice. Atas nasihat daripada Ustzah Ruhana yang banyak membimbing aku dr segi agama, aku buat istikharah. Istikharah itu antara A atau B. Tapi Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Aku tak dapat jawapannya dalam masa sebulan tu, sehingga la lepas raya. Maka aku buat keputusan sendiri dalam urusan memilih tu. Saat aku dah nk give up tunggu jawapan Allah, Allah hadirkan sebuah mimpi yang tiba-tiba & pelik kerana jawapannya bukan A mahupun B tetapi C.  Dan yang uniknya, lelaki dalam mimpi itu adalah lelaki yg sama seperti dalam mimpi yg sebelumnya. lelaki yang berkemeja putih. Yg jadikan mimpi ini jawapan kpd istikharah aku adalah, aku sendiri menyebut nama suamiku dalam mimpi tersebut dan apabila dia menoleh, Allahu. Lelaki ini. Selepas terjaga dari mimpi, aku terus wechat suami aku. Haritu jugak tengahari dia muncul kat tempat kerja aku since dia pun orang sec 7 kan haha. Bermula dr situ kami mula mengenali satu sama lain beriring dengan suatu perasaan yg aneh. Bukan cinta. Tapi rasa yang pelik. Honestly, aku lambat sikit jatuh cinta kt suami aku ni. Hahhaa. Mula aku masih tknak terima jawapan Allah tu, tapi ustazah Ruhana kata kalau jawapan Allah yg terbaik tu adalah dia kenapa kita nak ragu-ragu, Maka aku membuat hajat dan meminta pada Allah. Maka, Dia hadirkan keyakinan yang semakin hari semakin kuat.

Allah itu pemilik cinta sejati. Apabila sudah tiba waktunya, Dia tidak menggerakkan hanya satu, tapi kedua-duanya. Suami aku pun merasakan yang sama. Mak hanya dalam masa 3-5 hari macam tu terus tetiba decide kahwin. Tktahu nak terang siapa proposed sebab dia jadi naturally. Dia datang jumpa mak abah dan parents aku tkde masalah, malah mak aku lagi suruh cepat. Tarikh pertunangan pada 26 Oktober 2014 dipilih dan termetrai lah ikatan pertunangan antara aku dan dia. Subhanallah, segalanya sangatlah dipermudakan dengan tiada langsung bantahan untuk kitorang berkahwin sedangkan aku dan dia masih lagi bergelar mahasiswa. Rancangan kami nak langsungkan perkahwinan sekitar bulan 8, 2015. Tapi keluarga kata tak nak tunang lama-lama, maka diawalkn kpd bulan Januari 2015. Kebetulan kakak sulong suami aku nak balik Msia sekejap bulan 12 tengok Ayah yg sakit. Ayah mertua cadangkan untuk awalkan pada bulan 12 since kak long balik. Tapi waktu tu kakak ipar aku & anak2 buah aku takde, dorang pergi Aussie. Maka, mak aku buat keputusan untuk buat pada bulan 11. Majlis belah lelaki pada bulan 12. Maka tarikh keramat yang dipilih untuk pernikahan adalah pada 22 November 2014. Cepat gila kan? hahhaa sampai sekrang pun tak percaya lagi dah jadi isteri orang muehehe.

Sepanjang tempoh pertunangan dan menghitung hari untuk ke gerbang perkahwinan, ya Allah dugaannya sangat-sangat lah berat. Bukan nak bergaduh ke apa. Tapi kekangan masa sangat lah memberi tekanan pada aku. Dengan nak exam, assignments, lab reportnya, urusan borang nikahnya. Sangat sangat lah busy. *Oh before tu nak gtau lepas tunang baru rasa mcm nak jatuh hati betul2 hehe*. alhamdulillah we made it. Kitorang lalui dengan berbekalkan kesabaran yang Allah titipkan. Maka tibalah aku di hari pernikahan. Di sebalik beribu kedukaan dan tekanan yang aku alami ketika tempoh untuk mempersiapkan majlis ni, ada hiimahnya. Adik-beradik jd sangat supportive dan sentiasa bagi semangat pada aku untuk terus kuat,

So, sahabat semua. Ni aku kongsikan sikit gambar-gambar sekitar majlis pernikahan & walimah aku. Pesanan aku, nak kahwin jangan membazir, buat biar sederhana je asalkan berkat. antara pesan yang aku rasa sudah patut aku ambil dari dulu adalah, jangan lah bercinta sebelum nikah. Sebab kita tak tahu siapa jodoh kita. Alhamdulillah, aku kini bertemu jodohku. Bercinta selepas nikah itu sangat lah indah :) Bagi yang masih ada tak puas hati dengan aku, awak boleh pm sy di fb. Sudah-sudahlah membuat cerita. Sayangi pahala awak.

*Percayalah bila kita nak buat sesuatu demi mengejar redha Allah, Dia akan permudahkan urusan kita. Malahan rezeki jua melimpah ruah. Alhamdulillah :)*

Wallahua'lam.



With Love,

Monday, May 5, 2014

Setiap derai tangis membasahi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Allahu Allah, Ya Rabbil Alamin. Alhamdulillah masih diberi pinjaman hela nafas ini lagi. Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar.

Lama sangat rasanya tak menulis kat blog ni. Harini baru terbukak hati nak menulis semula. Aku jatuh, aku bangun. Dia hadir di kala aku gembira, di kala aku sedih. Terima kasih Allah. Alhamdulillah, segala ujian yang Dia berikan, aku tetap yakin akan hikmahnya. Tidak mungkin Dia duga aku diluar kemampuanku, di luar kesanggupanku bukan? Dia uji kerana dia sayang. Allah nak tengok, sama ada kita redha atau tidak dgn semua ujian yang Dia berikan. Sesungguhnya aku hanya hamba yang khilaf, ya Rabb. Apatah lagi aku si hawa yang lemah hatinya. Allahumma nawwir qalbi, ya Allah terangi hatiku. Maaf jika aku.menjauh sedang Engkau merapati & tidak meninggalkanku.

Sahabatku, mulakan langkah ke arah kebaikan itu secepatnya. Jangan dinanti-nanti, kerana khuatir akan semakin jauh dan jauh.

Percayalah, permulaan itu selalunya sakit. Tapi percayalah, sakit itu yang akan membawa kita kepada kebahagiaan. Let's strive for Jannatullah. Kejar ukhrawi, kurangkan duniawi. Mulakan dengan niat lillahi ta'ala dan Bismillahirrahmanirrahim. Moga Dia permudahkan segalanya.

Wallahua'lam.

Wednesday, August 14, 2013

Ujian Syawal Lebih Hebat Daripada Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt ya akhi ya ukhti. Apa khabar iman? Jika baik, Alhamdulillah. Jika parah, ubatilah :) Back to our topic, Ujian Syawal lebih hebat daripada Ramadhan. Agak-agak kenapa ye? Jika di bulan Ramadhan kita dapat lihat ramai muslimah yang menutup aurat *walaupun ade yg tk*. Fuhhhh, selamat pahala puasa muslimin. Tapi bila pagi raya, hmm. Korang paham-paham sendiri lah maksud aku ye. Ingat saudari, hari raya memang hari kemenangan buat umat Islam. Tapi dengan berpakaian tidak menutup aurat, fikir balik. Menang ke kita ni?

Buat muslimah yang masih dalam proses hijrah, aku faham. Dugaan yang terbesar adalah apabila ajnabi bertandang ke rumah dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dan, inilah dugaan terbesar aku buat Syawal. Kerana itu aku memahaminya. Kadang-kadang aku terfikir. Perlu kah aku berpurdah untuk membuat mereka ni faham akan hukum haram bersalaman dengan ajnabi. Apakah mereka tidak tahu bahawa sepupu bukanlah mahram. Hmmm. Bila kita elak untuk bersalaman, akan ada lah mulut-mulut yang kata kita bajet ustazah. Let me tell you, IT'S NORMAL. Seriously itu normal. Kononnya "ala, sedara mara kan. salam jelah. tak elok kecilkan hati tetamu." Ladies, korang sanggup jual pahala sebulan Ramadhan untuk sehari Syawal? Think, ladies. You're big enough.

Jujur aku kongsikan, bukannya mudah untuk menjaga aurat di dalam rumah sendiri. Yakni apabila di rumah, ada abang-abang ipar. Jujur, bukan mudah. Setiap masa perlu menjaga tingkah. Setiap masa perlu menjaga aurat dan batas bicara. Note that. BUKAN MUDAH. Pada mulanya, percayalah pasti akan rasa rimas. Rasa susah, leceh. Tapi percayalah, lama-kelamaan benda tu akan jadi lazim:) ingat saudara seagamaku, sentiasa cek balik niat kita. Iltizam pada taubat, pada niat. Kesusahan kita yang ini amat sedikit bukan? Syurga itu indah, sebab tu jalan menujunya amat lah payah.

Pesanan aku buat muslimah yang mula bertudung labuh atau lebih tepat lagi menutup aurat dengan sempurna, bertudung labuh ni mungkin menampakkan kita sedikit lebih tua dr umur kita. Matured. But ingat sayang, Di Syurga tiada derita, bahkan usia akan kekal remaja. Ceria berseri-seri. Biar kita nampak tua di dunia, asal kita muda di syurgaNya.

Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Maaf dipinta setulus hati pada sesiapa sahaja andai ada terguris hati. I'm sorry, I was born to be true, not to be perfect. Jagalah hati, jagalah iman, jagalah niat. Moga sentiasa dilimpahi rahmatNya.

Maaf jika perkongsian ini sekadar bersahaja. Moga Allah redha. Wallahua'lam.

Ni ada tips untuk elak bersalaman dengan ajnabi. Geli hati nengoknya. Jemput berhibur sambil muhasabah :)



Hamba-Nya,

Monday, April 15, 2013

Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa


*note : post ni panjang. Feel free to read and gain knowledge. Feel free to leave. Tiada paksaan :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt sahabat sekalian. Alhamdulillah hari ni ada kesempatan lagi untuk taubat. Okay, ana takde nak cakap banyak harini. Just nak summarize activity yang ana buat Sabtu lepas bersama rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, they organized an event fr us and I was totally enjoyed  :D The event was conducted by Kareem, Ash, Naz, Yana and Mirah. It’s kind of mini explorace but not including running and those thingy. We’ve been divided into 3 groups consist of 6 person each group. Im one of the group Jundulullah (tentera Allah). Our leader is Ameer Faris and Fazira as the assistant. We’re also have Emir, Haziq, Kautsar. For taaruf : Surah Al-Ghasiyah, ayat 21-22.


“Maka berikanlah peringatan,  kerana sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan. Engkau tidak punya kuasa ke atas mereka.”

Okay, kat sini apa yang boleh kita fahami adalah Rasulullah itu adalah Rasul Allah. Dan kita berdakwah ni pun kerana mencontohi Rasulullah. Hakikatnya, tugar seorang da’ie itu sendiri hanya menyeru, mengajak, bukannya mengubah. Kerana apa? Kerana hati setiap manusia itu Allah yang pegang. Itu bukan hak kita untuk mengubah seseorang. Got it? Alhamdulillah. Okay now, explorace.


First Check point for us – with Ash.
We played a game of si bisu, pekak & buta. So here’s the explaination. Ash akan create one task (sentence) and tell it to the first palyer, Si bisu. Si bisu will ‘show’  the sentence. Si pekak only can guess with what she saw. Then she will conduct si buta to perform the task. Haaa got it? So antara maksud tersirat yang kita dapat kat sini adalah, setiap seorang dari kita punya kelemahan dan kekurangan tapi kita tetap boleh berjaya. Kenapa? Dengan adanya kerjasama dan fitrah saling melengkapi itu sendiri :)

Second checkpoint – with Yana and Mira
Okay game ni ana slow sikit. Haha. Mira akan pegang dua batang pen. Diletakkan atas meja(batu act). Pen tu akan di susun dalam 3 keadaan yang berbeza. And we have to guess whether it is nmber 1, 2, or 3. Hmmm agak susah korang nak faham kan? Sorry. Tapi yg peliknya, setiap kali kitorang teka mesti pendapat semua bercanggah. At the end, we got it! Mira susun pen tu guna tangan kiri dia sahaja untuk susun pen. Meanwhile, tangan kanan dia sebenarnya tunjuk isyarat 1/2/3.  So one of the point yang kita boleh dapat dari game ni adalah, kita kalau nak menilai sesuatu, kita tak boleh tengok apa yang kita Nampak di mata kita je. Apa yg dizahirkan, belum tentu dapat menzahirkan penilaian yang tepat. Tapi sebaliknya, kita kena ambil sesuatu tu dari segala aspek. Dalaman dan luaranJ So keep husnu dzon! :D Lagi satu, muslimin akan diikat kakinya sesame diorang, dan diorang kena amik barang dari jarak beberapa meter and patah balik dalam masa 3 minit. Alhamdulillah we did it well. So apa yang kita dapat dekat game ni, firstly teamwork lah kn ? Then konsep sebagai seorang khalifah. Pemimpin. Betapa susahnya pemimpin nak bg arahan supaya ahlinya akur, kepercayaan kepada pemimpin, dll.

Last checkpoint – with Kareem and Nazri (a.k.a Pakcik2 Handsome katanya)
Game kat sini, TV ROSAK. Haa tu lah nama game diorang, haha. Kena pas pas information without saying a word. So kena guna isyarat semata, and orang yang terakhir akan sebut dan terangkan apa information yang dia dapat. Haaa kt sini pun kita boleh lihat betapa pentingnya teamwork tu kan? Masing-masing kena cooperate, ditambah lagi dengan gangguan makhluk2 bertanduk dua di kiri kanan *maaf kareem n naz* haha. So, think back. Ingat kerja dakwah ni senang ke? Nope. Not at all! Rasulullah sendiri ditentang, dimaki, difitnah, diperolokkan dalam usaha baginda berdakwah. So why kita kena give up? Rasulullah give up ke? No. Langsung tak, sikit pun tak. Setiap insan yang berpegang pada kalmiah Lailahaillallah, automatically become a da’ie. In shaa Allah. Lepas game, ada pengisian sikit dari Kareem. Alhamdulillah.

Lepas settle semua checkpoint, semua orang pun berkumpul dekat pentas. Ada summary sikit dari Yana, Kareem dll. Dapat bookmarks J yeay! Choki2 pun dapat haha. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang beri bnyk input dan sudi berkongsi sedikit Ilmu yang Allah pinjamkan kepada ana J To my team Jundulullah, ukhuwah Fillah Abadan abadaa. In shaa Allah. Kepada semua, moga ikatan ukhuwah kita yang terbina demi menegakkan agama Allah ini berkekalan hingga ke akhirnya.  Moga Allah pertemukan kita di Jannah, Ameen.

Doa Rabitah :
Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini. Telah bersatu kerana kasihkan Mu. Bertemu dan patuh padaMu. Bersatu MEMIKUL DAKWAHMU. Hati-hati ini telah berjanji setia. Menyokong dan menolong syariatMu, maka eratkanlah akan ikatannya. Tunjukkan ia jalan yang sebenar. Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu, yang tak pernah padam dan lapangkan dengan iman. Ameen ya Rabb.

Credit gambar : Ameer
 



Saturday, March 30, 2013

Mengejar Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Sedar ataupun tidak, sebulan blog ini menyepi. Apakan daya, busy lah katakan. Mana tak busynya, exam memanjang. Okay this time, bukanlah as nasihat, sekadar perkongsian bersama. 

Let's ask ourselves, selama ni kita bahagia ke tak eh? We admit it we live in happiness, but bila Allah duga kita sikit je, kita mesti mengeluh. Right? See, bahagia yang sementara. Hanya tika nikmatNya datang, bila ujianNya datang menjengah, kita jatuh. Ini fitrah manusia, kita ni mudah leka. So let's re-check our heart. Is it pure or not? Ketahuilah, penyakit hati itu SANGAT berbahaya. Kenapa? Antara nikmat yang Allah pinjamkan untuk kita kat dunia ni adalah ketenangan. Ingat senang-senang ke kita nak dapat ketenangan tu? Kita kena usaha.

Tidak akan kau temui kebahagiaan di dalam hidupmu andai tiada Allah kau letakkan di puncak hatimu. Yap, tak mungkin! Hmmm, bila fikir balik. Apa yang perlu kita buat sebenarnya adalah dgn mengejar cintaNya. Percayalah, dalam usaha kita menggapai Cinta Illahi, pasti kita akan disapa ujian bertubi-tubi. Mengapa? Sedarlah sahabat, Allah nak uji sama ada kita bersungguh, kita ikhlas atau tidak berusaha mencari cintaNya. Rahmat Allah itu luas. Meski kita selalu lupa untuk bersyukur, tapi bila kita pohon keampunan, in shaa Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Bila hati kita lemah, hati kita tak tenang, mengapa? Dosa. Salah seorang Ustaz pernah berkata "Orang yang ada niat, ada terdetik untuk bertaubat tapi tidak segera bertaubat atau langsung tidak berusaha, sebenarnya di dalam hatinya itu terkandungnya dosa." Tanya diri kita, hati kita penuh dosa ke? Nauzubillah.

Dalam buku Fanzuru karya Hilal Asyraf, ada diselitkan tentang cinta dan dosa. Antaranya :

"Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat."

"Kemungkinan, daripada 100 dosa yang biasa kita lakukan, kita telah tinggalkan 99. Tetapi, ada satu dosa yang kita langsung tidak boleh tinggalkan. Kita ada rasa cinta kepada dosa. Maka, ketahuilah bahawa kecintaan kepada dosa itulah yang menghalang jiwa kita daripada menjadi bersih."

So kesimpulannya, kita tak boleh berputus asa untuk mengejar kebahagiaan walaupun kita sedar, jalan itu tidak akan mudah. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar. Sama-sama lah kita memperbaiki diri? Di akhirat kelak, biarlah usaha kita yang menjadi saksi dan bukti. Bukan kemenangan yang Allah persoalkan, tetapi usaha yang kita kerjakan. It's never be too late to change :) Selagi pintu taubatNya terbuka dan selagi nyawa masih bersatu dengan jasad.

Carilah Ubat hati andai hatimu lemah, semoga Allah sudah mencukupi buatmu :')
1- Baca Quran dan maknanya
2- Qiamullail
3- Berkumpul dengan orang soleh
4- Banyakkan berpuasa
5- Zikir malam berpanjangan.

"Dulu aku bahagia, tapi bahagia yang biasa-biasa saat aku terima nikmatNya saja. Tapi kini, Allah beri aku bahagia, bahagia yang luar biasa tika aku terima nikmat mahupun ujianNya."

Wallahua'lam.
HambaNya,

Saturday, February 9, 2013

Ku pohon Redha Mu ya Rabb

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, ini sekadar renungan bersama.

Apabila kita disoal, apakah tujuan kita menyembah Allah Tuhan sekalian alam. Melakukan segala suruhanNya dan juga meninggalkan laranganNya. Saya yakin ramai antara kita yang bahkan saya juga menjawab pada mulanya untuk mendapatkan balasan yang baik yakni Syurga Allah dan kerana takutnya kepada azab api neraka. Akan tetapi kita tetap perlu beringat, segala amal soleh yang kita lakukan bukan menjadi tiket kita ke syurga kecuali rahmat dan redha Allah. Sedangkan segala amal kita belum tentu diterima Allah.

Sabda Rasulullah SAW :

"Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah."

Yang dimaksudkan adalah, seseorang itu dengan rahmat Allah ‘Azza wa Jalla akan mengerjakan amal soleh dan dengan itu dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam erti kata lain, seseorang itu memerlukan kedua-duanya, rahmat Allah dan amal soleh untuk masuk syurga.

Cuba kita renungkan kembali, adakah kita beramal semata-mata kerana takutkan azab api neraka atau mengimpikan syurga juga Redha Illahi. Jadi ikhlaslah dalam beramal. Segalanya kerana Allah. Mencari Redha-Nya. Ikhlas itu bukan semudah berkata-kata. Ia haruslah diiringi usaha, doa dan tawakkal kepada Allah agar diterima segala amalan dan mendapat redhaNya dunia dan akhirat in shaa Allah.

Alhamdulillah, selesai menulis di blog ni haa. Mohon tambah jika ada yang terkurang dan tegur lah andai ada yang salah.Sesungguhnya yang baik semuanya datang dari Allah SWT, dan kekurangannya datang dari diri saya sendiri, manusia yang tidak mungkin akan sempurna.

Wallahua'lam.
Hamba Mu,

Thursday, January 17, 2013

Berilah Aku Tangisan Keinsafan


Aku hanya sekerdil insan berdiri di dunia. Kejahilanku menutupi seluruh hatiku hingga tiada sekali aku tersedar. Aku ibarat sesat di dalam dunia gelapku sendiri. Kau utus ujian lalu badai melanda diri. Bergelora di dalam diri, siapa diriku ini. Sendiri aku harungi, aku ratapi dan terus bersendiri. Aku masih hanyut dan hanyut tiada aku berjumpa dengan tepian. Namun tika aku hanyut di dalam arus kealpaan, tidak pernah sekali engkau meninggalkan. Cuma aku yang tidak pernah sekalipun menyedari. Cahaya Mu menyuluh hatiku yang sekian lamanya gelap. Tiada aku jumpa Nur seindah Nur Mu. Nur mu tiba membawa sinar baru buatku. Kini baru aku sedari engkau sedang memberitahuku betapa engkau merinduiku. Betapa engkau merindui rintihanku kepadaMu. Di saat aku jatuh aku mencarimu, di saat aku berdiri aku megah lalu aku lupa kepadamu. Tapi tidak sesekali kau berhenti dari mengampunkan aku setiap kali aku memintanya. Betapa besar cintaMu pada ku. Tidak pernah sekali kau meninggalkan aku sendiri di dalam kesunyian malam. Tidak pernah sekali kau jemu mendengar keluhanku yang tiada berkesudahan. Tidak sekali kau melemahkan ku di saat aku kesakitan malah kau menguatkan. Tidak sekali kau melupakan aku, malah aku yang sering melupakanmu. Rabb, betapa agungnya cintaMu. Sehingga tidak tergambar oleh akal ku yang terbatas. Betapa aku kini merinduimu, mendambakan kasih sayangmu, perhatianmu. Ya Rabb, jangan lah engkau tarik kembali Nur Hidayah Mu yang telah kau berikan pada kami. Aku menangisi kesilapanku, aku bersyukur kerana tidak kau tutup pintu hatiku ini untuk menyedari dosa yang aku lakukan. Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Tidak dapat ku hitung ya Allah. Thank you Allah for bringing me home. Apabila aku terpesong, kau sedarkanlah aku ya Allah. Aku ingin menjadi hamba yang engkau kasihi. Ampunkanlah segala dosa ku. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Subhanallah, Alhamdulillah, Laila haillallah, Allahuakbar. Terima lah segala amal ibadat kami, janganlah kau jadikan amalan kami sia-sia. Kami serahkan segalanya kepadaMu Tuhan sekalian alam.  Lindungi hati kami dari kekotoran ya Allah. Kami berlindung padamu dari segala kejahatan. Jika ujian yang mendatang mampu menguatkan kami, maka kau kurniakan lah kepada kami kesabaran, ketabahan  untuk kami mengharunginya. Permudahkan lah hati kami untuk ikhlas dan redha terhadap ketentuanMu. Amin ya Rabbal Alamin.


Man gets and forgets, but Allah always gives and forgives.

Jika langkah itu ke arah kebaikan, teruskanlah dan jangan berpatah balik. Namun jika engkau sudah tersilap langkah, kembali lah engkau ke pangkal jalan. Allah Maha Pengampun. 

*Entry ini sekadar perkongsian dan peringatan buat diri ini semata-mata. Sama-sama kita berdoa supaya Allah beri keampunan kepada kita. Jangan jemu untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah kasih pada HambaNya yang suka bertaubat. Menangis lah, menangis sepuas hatimu saat kau memohon keampunanNya. Bersyukur lah engkau masih diberi kelembutan hati. Janganlah malu, Para solehin sendiri menangis mengenang nasib di akhirat, apatah lagi kita.*

Buat sahabatku yang aku kasihi, aku bersyukur kerana Allah mengutus engkau untuk bersamaku, mendorongku. Maaf seribu kali maaf atas kekecewaan yang kau alami. Semoga Allah merahmati perjuangmu. In shaa Allah.

Wallahua’lam.


Hamba Mu,

Saturday, December 29, 2012

Perbetulkan konsep kita :)

          Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. First of all, aku nak minta maaf awal-awal andainya post kali ini bakal menyinggung ramai pihak. Sama ada kaum adam mahupun hawa. Maafkan aku yeee. Ini hanyalah daripada pengalaman aku sendiri dan aku rasa tak salah untuk aku kongsikan. Okay topik kali ini adalah perbetulkan konsep kita dalam kewajipan menutup aurat.

Firstly, kita semua kena ingat yang "Menutup aurat itu bukan permintaan atau kerelaan, tetapi kewajipan yang MESTI ditunaikan". Hmm kat sini aku nak tekankan yang memakai tudung atau lebih tepat menutup aurat tanpa keikhlasan hati sebenarnya tak salah. Sekurang-kurangnya kita terlepas dari dosa cuma tak dapat pahala sbb niat kita bukan kerana ikhlas kpd Allah. Err faham kn :)

Then apa yang sangat2 menjadi point penting dalam post aku kali ini adalah konsep kita bertudung. Cuba kita renung balik. *flash back* Bila kita keluar rumah, kita pakai tudung kan? Tapi bila orang dtg rumah kita, kita pakai tudung tak? Kita pergi sidai kain, pakai tudung tak? Kita skype or webcam-ing pakai tudung tak? Hmmm inilah yang aku nak tekankan sebenarnya. Maaf if ada yang terasa. Kita hanya bertudung dalam erti kata HENDAK KELUAR RUMAH. Macam nak pergi jalan2 ke, kedai ke, sekolah ke. Tapi yang sebenarnya, menutup aurat itu dituntut apabila kita dapat dilihat atau mungkin boleh terlihat oleh ajnabi. Haaaa.

Aku yakin, semua tahu pasal aurat untuk seorang wanita bukan? Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai.

Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.

Yang biasa tu maksudnya muka dan telapak tangan kita sahaja.  (muslimah)

Ada sahabat aku yang pernah bertanya pada aku, dan soalannya betul2 terasa kena batang hidung. Ketepeeeek! setepek aku dapat haa. "Apa beza, tak pakai tudung dengan tak berbaju?". And at that moment, I was like eeerrrrr. Sebenarnya tiada beza lah kan? Sebab dah terang lagi bersuluh yang wajib ditutup itu AURAT bukannya RAMBUT semata right? Think think. Tettt, one more one more. Aurat itu untuk dilindungi dari terlihat bukan untuk dibalut. Got what I mean ?:)

Seperkara lagi, ini bukan teguran atau nasihat tapi lebih kepada ajakan ye kawan-kawan. Aku ni belum cukup lagi nak menegur haaa. Jangan ingat aurat kita wanita muslim dengan wanita muslim yang lain, takde batas. Ade ye kawan2. Drpd pusat ke lutut. Even kita nak tidur pun kita kena jaga aurat tu sebab? Walaupun tak de orang yang melihat, malaikat kan sentiasa ada. Kita perlu hormat ye ye? :)

Cop cop! jangan ingat yang lelaki takde aurat terhadap lelaki muslim lain yeeee? Antara pusat hingga ke lutut. Dilarang kita melihat aurat orang lain okay anak-anak? Hihih pandaaiii.Okay banyak lagi dalil dan hadis yg berkaitan dengan aurat. So rerajin la searching yeehh? Nak aku lampirkan semua. Penat korang membaca. hoho.

Dannn, kita takde alasan untuk tidak menutup aurat sebab?
Sepotong ayat al-Quran dari surah al-A’raf ayat 26, yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)".

Okay la, dah penat menaip. Sorry if post ni membosankan. Aku cuma nak mengajak sama-sama perbetul konsep bertudung sebenarnya. Jauh pulak explaination nya haaa :D So luar rumah atau dalam rumah, sama je selagi ada ajnabi kay? Abang ipar tu pun ajnabi tau! 

So sekali lagi saya Intan Azrina Mohd Azman memohon seribu kemaafan if post ni menyinggung mana-mana pihak ye? So renungkanlah :) Jangan tunggu sampai seru. Kita dah diseru lama dah :) Sekiranya ada tersilap kat mana-mana ayat di atas, mohon tegur ye. TQ

Wallahua'lam.

Hamba-Nya,

Friday, December 21, 2012

Sekuat Aku Bertahan...

             Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Post harini mungkin sedikit berat kerana aku sendiri merasa kesakitan dan kepayahannya. Acap kali kita mendengar apa yg sering diperkatakan "Easy to say but hard to do". Sejujurnya aku sendiri setuju dengan pendapat tersebut. Pada pandangan aku, sekuat mana kita bertahan, sekebal mana kita cuba pertahankan dinding hati kita ini, akan ada suatu perasaan halus yang akan menembusinya dengan lembut. Atau mungkin juga dalam penghijrahan kita, akan ada suara-suara halus berbisik untuk memesongkan aqidah kita kerana sudah menjadi janji nya untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke akhirnya. Nauzubillah.

Aku juga manusia biasa. Aku berusaha dan bertawakkal. Tetapi kebalkah aku dengan godaan syaitan yang tidak henti-henti menggodaku. Semakin kuat kita bertahan, semakin kuat godaannya kepada kita. Sesungguhnya, selagi kita masih bergelar manusia di muka bumi ini, tidak akan pernah kita lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi perlu kita ingat, Allah itu Maha Pengampun. Sesungguhnya dia Maha Penyayang. Pintu taubatNya masih terbuka luas untuk hamba-hambaNya yang mendambakan cintaNya. Subhanallah.

Rabb, kau tetapkan lah hatiku. Dakaplah hatiku, sesungguhnya ia teramatlah keseluruhannya milikMu ya Rabb. Tidak ada penjaga hati mahupun kekasih sehebatMu. 

Sejujurnya hatiku berbelah bahagi untuk mencoret kata di blog ni. Mengapa? Aku bimbang akan ada suara-suara sumbang yang akan mempertikaikan kata-kataku dengan akhlak ku yang sebenar. Sekali lagi aku tekankan, kita manusia. Dan takkan lari dari melakukan kesilapan. Jauh sekali dr aku mengakui diri ini sempurna. Aku tidak akan sempurna selagi aku ini adalah manusia.

Sesungguhnya, aku sendiri kerap lalai dalam menjaga akhlak ku. Tanpa aku sedari, perbuatan ku itu adalah terlarang dan sama sekali menyakiti hati yang lain. Ya Rabb, ampuniku ya Rabb. Percayalah, aku sedang mencari diriku dan tujuanku dalam hidup ini. Rabb, kau lindungi aku dari hasutan syaitan, daripada kemaksiatan, daripada azab api neraka, juga azab kubur yg dahsyat ya Rabb.

Juga aku tersedar bahawa kita tidak perlu takut untuk melakukan atau mengajak orang lain melakukan kebaikan kerana akan ada pahalanya masing-masing yang hanya Allah tahu. Ini dapat aku dengar daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Oleh itu, sebelum aku mengundurkan diri dan melabuhkan tirai blog ini buat hari ini, aku memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua yang membaca. Bukan niatku untuk mengguris hati sesiapa. Bagi sesiapa yang memfitnah, berkata buruk tentangku di belakangku, aku memohon ampun kerana telah mencipta kejadian untuk kalian jadikan bahan di bibir. Akibatnya, kalian membuat dosa kerana ku. Juga turut menjadi kesalahanku. Maafkan aku sekali lagi.

In shaa Allah akan aku perbaiki diri ini dari sehari ke sehari. Sejujurnya aku malu dengan diri aku sendiri yang aku kira gagal. Tetapi tidak mengapa, aku tetap akan mencuba lagi. Orang yang tidak pernah gagal tidak akan merasai nikmat sebenar kejayaan bukan? :) Sahabat, bukan mudah untuk aku meninggalkan dunia ku yang dahulu. Oleh itu, nasihati lah aku tentang apa jua. Juga tentang ikhtilat. Aku amat menghargainya andai kalian dapat membantuku.

Sama-sama lah kita nasihat-menasihati. Alhamdulillah, selesai sudah penulisanku malam ini. Jangan lupa baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Our protector :) Laila sa'eedah.

p/s : Special dedicate to you my special friend, I need you to encourage me. Tegurlah aku. Maafkan aku andai aku membuat engkau sendiri berputus asa untuk menasihatiku. Maaf. Aku kecewa dengan diriku sendiri.

Wassalam.

Hamba-Nya,